Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Perkukuh Agenda Belia Negeri

KOTA BHARU, 28 September 2025 – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang 1 bagi Penggal ke-35 sesi 2025–2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Makmur 1, H Elite Design Hotel, Kota Bharu.

Persidangan dipengerusikan bersama oleh YB Zamakhshari bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, serta
YBrs. En. Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Persidangan ini julung kali dipengerusikan bersama oleh wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, melambangkan semangat kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memperkasa agenda belia di Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, dan Sdr. Khairul Azhar bin Kamaruzaman, Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK).

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara sebagai simbolik semangat patriotisme dan perpaduan. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Presiden MGBK dan disusuli ucaptama oleh Pengerusi Bersama MPBN.

Sebagai pengisian utama, dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Industri Kelulut : Impak Pembangunan Sosial Ekonomi Belia” membincangkan potensi industri kelulut sebagai pemangkin ekonomi belia luar bandar dan “Gerakan Evolusi Ekonomi Anak Muda Kelantan (GERAK)” iaitu satu inisiatif strategik untuk memperkasa belia melalui inovasi dan keusahawanan.

Persidangan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh suara belia dalam pembangunan negeri, selain merapatkan hubungan antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti belia. Ia turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI melalui pendekatan inklusif dan progresif.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanDemokrasi #MPBN #MajlisPerundinganBeliaNegara

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search