- JBS Kelantan
- Hits: 5
PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT JAJAHAN PASIR MAS 1447H / 2025M
- JBS Kelantan
- Hits: 5
Pasir Mas, 23 September 2025- Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jajahan Pasir Mas bertempat di Masjid Jamek Sultan Muhammad III, Bandar Pasir Mas. Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas dengan penglibatan pelbagai agensi dari Daerah Pasir Mas telah diadakan pada 20 September 2025 (Sabtu).
Majlis telah dirasmikan oleh YABrs Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, Ketua Jajahan Pasir Mas. Turut hadir wakil-wakil agensi termasuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas yang diketuai oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Acara dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul yang bermula pada jam 8.30 pagi mengelilingi Bandar Pasir Mas. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelbagai pengisian rohani dan aktiviti komuniti seperti:
- Persembahan Berzanji dan Qasidah
- Penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Masjid
- Pertandingan Kuiz Maulidur Rasul
- Demonstrasi Memanah oleh pihak masjid
Majlis ini bertujuan memperingati perjuangan
dan pengorbanan Rasulullah S.A.W serta memperkukuh semangat keimanan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat. Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan, dengan kehadiran masyarakat setempat dan sokongan padu daripada semua agensi yang terlibat.
Majlis telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan, mencerminkan semangat perpaduan serta kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Disediakan Oleh:Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
#teamkelantan
#JBSNKomited
#KitaSemuaTeamMAS
#RakanMuda
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia