- JBS Kelantan
- Hits: 17
Kelab Belia Warisan Muda Kampung Kubur Datu Lulus Pendaftaran Sistem ROY
- JBS Kelantan
- Hits: 17
JELI, 8 September 2025-Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Belia Warisan Muda Kampung Kubur Datu, Jeli yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) pada 30 Ogos 2025.
Setiausaha Kelab, Puan Anisha binti Adnan telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli (PBSD) pada 7 September 2025, untuk sesi perbincangan bagi menghantar dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur bagi mendapatkan Sijil Pendaftaran Kelab.
YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli yang menjaga Unit Belia telah memberikan panduan dan kata-kata semangat kepada Puan Anisha supaya melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan mematuhi perlembagaan kelab yang telah diluluskan.
Adalah diharapkan agar kelab yang baharu ditubuhkan di Daerah Jeli ini akan menjadi contoh yang terbaik kepada Persatuan atau Kelab Belia yang lain dan menjadi rujukan kepada belia-belia yang ingin menubuhkan persatuan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua
#JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
#YakinBoleh
#Hannah Yeoh
#Adam Adli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#Rakan Muda
#belia.my