Mesyuarat Agung MAYC Pasir Mas Kali Ke-5 Dirasmikan Dengan Meriah

Pasir Mas, 7 September 2025 – Mesyuarat Agung MAYC Pasir Mas Kali Ke-5 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bangunan Plaza Serakai Emas, Pasir Mas, menandakan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan belia di peringkat daerah.

Majlis mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Zaki bin Ismail, Timbalan Ketua Jajahan Pasir Mas, yang hadir mewakili Ketua Jajahan Pasir Mas. Kehadiran beliau menyerlahkan sokongan pihak pentadbiran terhadap pembangunan belia dan kepimpinan komuniti.

Turut memeriahkan majlis ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, serta Saudara Mohd Hakimi Mat Husin, Pengerusi MAYC Negeri Kelantan. Wakil-wakil Kelab Belia dari seluruh daerah Pasir Mas turut hadir, menjadikan mesyuarat ini sebagai platform penting untuk bertukar pandangan dan merancang hala tuju gerakan belia setempat.

Mesyuarat ini bukan sahaja memperkukuh jaringan antara kelab belia, malah menjadi medan untuk memperkasakan suara generasi muda dalam pembangunan daerah.

Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#rakanmuda
#RakanAktif
#JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search