- JBS Kelantan
- Hits: 17
Dana Sukan Komuniti - Kelantan Orienteering Challenge 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 17
KOTA BHARU, 8 September 2025 – Majlis Perasmian Penutup Kelantan Orienteering Challenge 2025 telah berlangsung di Dewan Malaysia, Kompleks Belia & Sukan Negeri Kelantan, semalam.
YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menyampaikan Cek Cura Dana Sukan Komuniti kepada Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan orienteering di negeri ini.
2 disiplin yang telah dipertandingkan iaitu ‘night orienteering’ di mana peserta diwajibkan untuk memakai ‘headlamp’ bagi tujuan untuk melihat peta di waktu malam dan larian berkumpulan di seluruh kawasan Kompleks Belia dan Sukan, Panji serta Kejohanan Orienteering yang sebenar pada keesokkan harinya. Sebelum memulakan pertandingan peserta didedahkan terlebih dahulu oleh pihak penganjur dengan mengadakan klinik sukan orienteering, teknik untuk membaca peta, pengenalan simbol pada peta dan cara memulakan pergerakan. Seramai 25 peserta dari seluruh kelantan dan luar negeri telah menyertai cabaran ini.
Tuan Pengarah menzahirkan penghargaan terhadap usaha Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan dalam memajukan sukan orienteering, khususnya di peringkat akar umbi. Beliau menegaskan bahawa dana yang disalurkan akan dapat membantu memperkukuh program pembangunan atlet, latihan teknikal serta penganjuran kejohanan berkala di masa akan datang.
Dengan sokongan berterusan daripada agensi kerajaan dan badan sukan, diharapkan sukan orienteering akan terus berkembang maju dan mendapat tempat di hati rakyat Kelantan khususnya.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh #DSK #danasukankomuniti
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan