SMK Gual Periuk Wakili Kelantan Ke Pertandingan Mural Logo Rakan Muda Peringkat Kebangsaan

Pasir Mas, 8 September 2025 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periuk telah dipilih untuk mewakili negeri Kelantan ke Pertandingan Mural Logo Rakan Muda Peringkat Kebangsaan, satu pencapaian membanggakan hasil kreativiti dan dedikasi warga sekolah.

Bagi meninjau hasil karya mural yang dihasilkan, pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas telah mengadakan lawatan rasmi ke SMK Gual Periuk. Lawatan tersebut bertujuan untuk menilai secara langsung hasil kerja pelajar yang telah mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.

Pengetua SMK Gual Periuk meluahkan rasa syukur dan bangga atas pemilihan sekolah beliau sebagai wakil negeri, sambil memuji komitmen tinggi para pelajar dan guru dalam menjayakan projek mural tersebut. Karya yang dihasilkan bukan sahaja mencerminkan semangat Rakan Muda, malah menyerlahkan bakat seni yang luar biasa dalam kalangan pelajar.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bersama Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor. Kedua-dua pegawai menyatakan rasa kagum terhadap kreativiti dan usaha gigih pelajar SMK Gual Periuk, serta berharap agar Kelantan mampu membawa pulang kejayaan di peringkat kebangsaan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk terus menggalakkan ekspresi seni dan semangat belia dalam platform yang positif dan membina.

Disediakan oleh: Uruse setia portal PBSD Pasir Mas
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#rakanmuda
#RakanAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search