- JBS Kelantan
- Hits: 7
Kursus Marshall Peringkat Negeri Kelantan 2025 Perkasa Sukan Bermotor Tempatan
- JBS Kelantan
- Hits: 7
Pasir Mas, 7 September 2025 – Telah berlangsung Kursus Marshall Peringkat Negeri Kelantan 2025 pada 6 September 2025 (Sabtu) bertempat di Teluk Kerengga, Pasir Mas dan seramai 51 peserta dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai kursus tersebut Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Eksplorasi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, Penasihat Litar Motorcross Teluk Kerengga, serta Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan asas kepada individu yang berminat dalam bidang marshall, khususnya dalam acara sukan bermotor dua roda yang merangkumi tiga disiplin utama: motocross, enduro, dan onroad. Para peserta didedahkan kepada aspek keselamatan, etika, peraturan perlumbaan, serta prosedur pengendalian kecemasan di litar.
Program ini bukan sahaja melahirkan barisan marshal yang berkemahiran tinggi dan berkualiti, malah menyumbang kepada pembangunan sukan bermotor yang lebih teratur dan selamat di negeri Kelantan. Penekanan terhadap disiplin dan kerjasama turut menjadi elemen penting dalam membentuk marshal sebagai tulang belakang penganjuran acara bermotor.
Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai marshal tempatan yang berkaliber, seterusnya menyokong perkembangan sukan bermotor secara sihat dan profesional di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#rakanmuda
#RakanAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia