JOM SERTAI PROGRAM YOUNG HEREOS @ RAKAN MAHIR! Jom sertai cabaran ini dan mulakan langkah anda dengan aktiviti di bawah: Bengkel interaktif & latihan kemahiran Cabaran idea kreatif & sesi pitching Pameran & aktiviti jaringan kerjasama Kemuncak showcase di peringkat kebangsaan Apa anda akan dapat? Kenal apa itu ekonomi jingga & potensi dunia kreatif Nampak peluang kerja dan jana income dalam bidang kreatif Upgrade skill kreatif & digital melalui latihan hands-on Jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan kreativiti anda dan bersaing hingga ke peringkat kebangsaan! Daftar sekarang & mulakan perjalanan anda dalam dunia kreatif! #teamJBSN #TaufiqJohari #teamKedah
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah akan menganjurkan Seminar Motivasi Pemerkasaan Belia @ Y-Hub Kedah bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah pada 18 Ogos 2026. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri belia dan membina keyakinan diri belia dan mencetuskan sikap positif dalam kalangan belia. Seminar ini akan disampaikan oleh Penceramah Motivasi Encik Muhammad Farhaan Rahmat. Ayuh, kepada para belia di luar sana yang berminat untuk bersama-sama hadir. Sesi pendaftaran bermula jam 9.30 pagi. Jumpa anda disana.
15 Ogos 2026 | KOMBES Negeri Kedah Seramai 63 peserta menyertai Kursus Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (KLAS OKU) Peringkat Negeri Kedah 2026 hasil kerjasama JBSN Kedah JPN Kedah. Tiga sukan, satu semangat! Peserta diberi exposure asas Futsal, Bola Tampar Duduk & Stacking Sports, siap dengan mini pertandingan lagi! Program macam ni bukan sekadar belajar teknik sukan, tapi membuka lebih banyak peluang untuk komuniti OKU aktif, yakin dan terus mencipta kejayaan dalam dunia sukan. Majlis penutup disempurnakan oleh YBrs. En. Nor Azrolnisham bin Nordin, Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPN Kedah. Turut hadir En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Kedah. Sukan Untuk Semua. Tiada Batas, Tiada Halangan! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKedah #MalaysiaMADANI RakanMuda MalaysiaAktif SukanUntukSemua
Alor Setar, 12 Ogos 2026 - Team management on point! Mesyuarat Pengurusan Head of Department (HOD) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Bil. 3/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBSN Kedah, Anak Bukit, Alor Setar. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Azura binti Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, bagi membincangkan gerak kerja, penyelarasan serta hala tuju pengurusan jabatan agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, pantas dan berimpak. Satu pasukan. Satu visi. Satu misi. JBSN Kedah terus komited memastikan agenda pembangunan belia dan sukan di negeri ini kekal aktif, inklusif dan berimpak kepada rakyat. #JBSN #TeamJBSN #KedahAktif #TeamKBS
Para ibu bapa dan anak-anak yang mempunyai jiwa lasak dan minat dalam sukan motocross, **inilah peluang untuk beraksi di litar!** **26 – 27 SEPTEMBER 2026** **Litar Motocross Sriwangsa, Padang Sanai, Kedah** **KATEGORI DIPERTANDINGKAN:** MX50 Rookie MX50 Advanced MX65 MX85 **YURAN PENYERTAAN: RM100** untuk semua kategori. **HADIAH MENARIK MENANTI!** MX50CC (Rookie & Advanced) serta MX65CC & MX85CC menawarkan hadiah wang tunai + medal kepada pemenang! **PENDAFTARAN SECARA WALK-IN** **25 & 26 SEPTEMBER 2026** Meja Urus Setia Halim : 013-5097969 Ain : 011-35045069 **Jangan lepaskan peluang untuk anak anda mengasah bakat, menimba pengalaman dan beraksi bersama pelumba muda yang lain!** **MINAT ADA. BAKAT ADA. SEKARANG MASANYA UNTUK BERAKSI!** **JOM TURUN KE PADANG SANAI, KEDAH!** **MX KIDS JUNIOR 2026 — LET’S RACE!** #teamJBSN #MXKidsJunior #MotocrossKedah #TaufiqJohari
KUALA NERANG, 8 Ogos 2026 – Program Belia Bebas Hutang Peringkat Negeri Kedah 2026 telah berlangsung di Kolej MARA Kuala Nerang, melibatkan seramai 160 orang peserta dalam kalangan belia. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan golongan belia berkaitan pengurusan kewangan, perancangan kewangan masa hadapan serta kepentingan mengurus komitmen dan hutang secara bijak. Antara pengisian program adalah sesi perkongsian dan penerangan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membentuk generasi belia yang lebih celik kewangan, berdisiplin dalam mengurus kewangan serta bebas daripada bebanan hutang yang tidak terkawal. #jbsnkedah #TaufiqJohari #Malaysiamadani
Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Kedah 2026 melabuhkan tirai dengan aksi mantap, penuh tenaga dan semangat kesukanan daripada peserta-peserta terbaik Kedah! TAHNIAH PARA PEMENANG! JOHAN: THE BRAVO 8 — SK Batu 8 NAIB JOHAN: G-TRA FIT BOYZ — SMK Jitra TEMPAT KETIGA: RYTHMIX — SMK Convent Father Barre Lebih special, THE BRAVO 8 akan membawa nama Kedah ke Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan pada Oktober 2026! All the best & go make Kedah proud! Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus aktif, berdisiplin dan menjadikan sukan sebagai gaya hidup. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan strategik, pihak teknikal Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA), para peserta serta semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini. Bukan sekadar dance. Ini tentang tenaga, disiplin, teamwork & semangat juang! #TeamJBSN #JBSNK #TeamKBS #AerobicDanceKedah2026 #KedahAktif SukanUntukSemua TaufiqJohari
ALOR SETAR, 8 Ogos 2026 – Pertandingan Push Bike “Rocket Lions Speed Series 3.0” Peringkat Negeri Kedah berlangsung meriah di Dataran Medan Bandar, Alor Setar hari ini dengan penyertaan hampir 300 orang peserta dari seluruh negara. Pertandingan yang dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Rocket Lions Pushbike Club itu turut mendapat penyertaan peserta dari negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Singapura, sekali gus menjadikan pertandingan ini sebagai platform penting dalam memperkasa dan mengembangkan sukan push bike di peringkat tempatan serta antarabangsa. Sebanyak 15 acara dipertandingkan dalam pertandingan kali ini yang menyaksikan para peserta menunjukkan kehebatan, kemahiran dan keberanian masing-masing dalam mengharungi setiap saingan. Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menguji bakat dan kemampuan dalam sukan push bike, malah menjadi medium mencungkil bakat-bakat baharu serta memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan kanak-kanak dan masyarakat. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Haji Sarbin. Turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, serta Presiden Rocket Lions Pushbike Club, Encik Muhamad Zamir Ridha bin Noordin. Penganjuran Pertandingan Push Bike ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkasa sukan push bike serta menyediakan platform pertandingan yang kompetitif kepada pelumba muda dari dalam dan luar negara. Kejayaan penganjuran pertandingan ini juga membuktikan bahawa sukan berbasikal, khususnya push bike, semakin mendapat sambutan dan mampu menjadi salah satu wadah dalam melahirkan generasi yang aktif, berdisiplin serta berdaya saing. #JBSNK #AerobicDance2026 #TeamJBSN #TeamKBS #MalaysiaAktif TaufiqJohari