Kulimβ Kehangatan sambutan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kulim dapat dirasai apabila pelbagai aktiviti berjaya menarik penyertaan golongan belia dan komuniti setempat.
Program ini menampilkan pengisian santai dan interaktif termasuk aktiviti sukan, reruai pameran serta perkongsian berkaitan peluang pembangunan diri.
Penganjuran ini diharap terus menjadi platform positif dalam memperkasakan peranan belia di daerah Kulim. Β Β
@taufiqjohari
#SemarakBelia
#HariBeliaNegara2026
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 bagi Sesi 5 & 6 Daerah Kubang Pasu telah melabuhkan tirainya dengan jayanya bertempat di Kolam Renang C Hotel Jitra.
Seramai 40 orang peserta telah berjaya menamatkan latihan sepanjang program berlangsung. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran renang serta memupuk minat belia terhadap gaya hidup aktif dan sihat melalui penyertaan dalam sukan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Hanaffi A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta serta Sijil Penghargaan kepada guru pengiring.
Turut hadir bersama ialah En. Mohamad Hanif Bin Norhan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
Semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada belia muda dalam membentuk keyakinan diri, disiplin serta menggalakkan penglibatan aktif dalam bidang sukan.
#JBSK
#KLASRenang
#SukanUntukSemua
#MalaysiaMADANI
#TeamJBSN
#TeamKBS
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Kuah- Walaupun hujan turun membasahi bumi Langkawi, Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Langkawi tetap berlangsung meriah dengan semangat luar biasa daripada anak-anak muda yang hadir memeriahkan program. Β
Hujan bukan penghalang untuk belia terus aktif, π΄π±π°π³π΅πͺπ―π¨ dan menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan dalam suasana santai tapi π©π’π±π±π¦π―πͺπ―π¨. Β
Semangat dan komitmen belia Langkawi memang terbaik! Β
Jumpa di Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah pada 22-23 Mei 2026.
@taufiqjohari
#SemarakBelia
#HariBeliaNegara2026
#TeamJBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Sik di Kompleks Sukan Perdana telah menjadi medan terbaik anak muda berkumpul, beraktiviti dan menyemarakkan semangat Hari Belia Negara bersama komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara selain membuka peluang belia untuk terus aktif dalam komuniti dan pembangunan diri
Kehadiran belia yang memberangsangkan membuktikan semangat kesukarelawanan, perpaduan dan gaya hidup aktif terus subur dalam komuniti belia Sik. Tahniah Sik Β
Jumpa di Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah pada 22-23 Mei 2026.
@taufiqjohari
#SemarakBelia
#HariBeliaNegara2026
#TeamJBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
Alor Setar, 15 Mei 2026 - Negeri Kedah telah menjadi saksi berlangsungnya Kejohanan Wushu Remaja Peringkat Negeri Kedah 2026 yang menghimpunkan penyertaan daripada 21 buah sekolah dengan lebih 103 penyertaan melibatkan atlet-atlet remaja berbakat dari seluruh negeri di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Dalam ucapan beliau, beliau menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur khususnya Persatuan Wushu Negeri Kedah atas peranan aktif NGO dalam membangunkan sukan wushu di negeri ini.
Beliau turut memuji kerjasama erat antara agensi persekutuan dan negeri yang berjaya memastikan penganjuran kejohanan berjalan lancar dan penuh semangat perpaduan. Kejohanan ini juga dilihat unik apabila berjaya menggabungkan elemen kebudayaan dan elemen sukan dalam satu platform pembangunan belia yang positif.
Selain menjadi medium pembangunan bakat sukan, program ini turut menyokong pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di peringkat negeri serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda.
Turut diberi penghargaan adalah sokongan padu daripada ibu bapa yang sentiasa memberi galakan kepada anak-anak untuk terus aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan para pemenang. Teruskan kecemerlangan anda dan semoga sukan wushu terus berkembang maju di Negeri Kedah Darul Aman. Β Β
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#wushukedah
#TaufiqJohari
MordiBimol
Selamat menyambut Hari Belia Negara kepada seluruh belia di Malaysia.
Belia adalah harapan masa depan negara. Teruskan berkarya, berbakti dan melakar kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Semoga semangat Hari Belia Negara menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk terus maju, aktif dan berdaya saing.
AZURA HAJI SARBIN
15 MEI 2026
Taufiq Johari
#HariBeliaNegara2026
#TeamJBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
14 Mei, Alor Setar- Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan bersama Pengerusi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah, Dato' Haji Zepri bin Saad, bagi membentangkan hasil penilaian serta maklum balas berkaitan pelaksanaan program yang telah dijalankan.
Sesi perjumpaan ini dihadiri oleh Puan Azura binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Dr. Kamal bin Ab Hamid, Ketua Panel bagi kategori individu, En Muhamad Nasir bin Ismail, Ketua Panel bagi kategori pertubuhan belia, dan Puan Natrah binti Esa, Timbalan Pengarah Belia.
Penyampaian anugerah bagi setiap kategori akan dilaksanakan pada Majlis Perasmian Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah pada 22 Mei di Dataran Starwalk.
Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sepanjang penilaian berlangsung. Semoga usaha ini terus menyuntik semangat belia untuk lebih aktif dan cemerlang pada masa akan datang.
@taufiqjohari
πππππππππ πππππ
#APBNKedah
#TeamJBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
Kejohanan Renang Jemputan Kedah 2026 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 380 penyertaan daripada pelbagai kategori yang menghimpunkan atlet-atlet renang berbakat dari seluruh negeri dan luar Kedah.
Program ini turut mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 1,000 orang melibatkan ibu bapa, pegawai teknikal, jurulatih serta para penonton yang hadir memberikan sokongan kepada para atlet sepanjang kejohanan berlangsung.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited menyokong pelaksanaan program pembangunan sukan berimpak tinggi melalui pemberian Geran Padanan Sukan (GPS) bernilai RM30,000.00 yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Haji Sarbin.
Penganjuran kejohanan seperti ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan renang, malah mampu memperkukuhkan pembangunan atlet secara menyeluruh merangkumi aspek disiplin, daya saing, semangat kesukanan serta pembentukan jati diri generasi muda.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah akan terus komited memperkasa pembangunan sukan akar umbi demi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat lebih tinggi.
#JBSNK #KBSMalaysia #TeamKBS #TeamJBSN #KedahSejahtera #SukanUntukSemua
#GPS2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
belia.my
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 17:19:22