Penilaian APBN Kedah 2026 Kategori Pertubuhan Belia - 11 Mei 2026 Hari pertama berlangsungnya lawatan panel APBN Kedah Kategori Pertubuhan Belia ke premis persatuan yang dinilai. Lawatan ini melibatkan dua persatuan iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Cawangan Kubang Pasu yang mewakili Daerah Kubang Pasu dan Pertubuhan Sukarelawan Belia Ashabul Kahfi yang mewakili Daerah Pokok Sena.
“Adakah anda atlit yang kami cari? Inspire iTalent Peringkat Daerah 2026 kini kembali! Inilah pentas terbaik untuk anda serlahkan bakat dan potensi diri. Jangan biarkan bakat anda terpendam—bangkit dan jadilah inspirasi buat semua! Daftar sekarang dan ukir nama anda sebagai atlit negeri kedah. #teamkbs #teamkedah
Penilaian APBN Kedah 2026 Kategori Pertubuhan Belia - 11 Mei 2026 Hari pertama berlangsungnya lawatan panel APBN Kedah Kategori Pertubuhan Belia ke premis persatuan yang dinilai. Lawatan ini melibatkan dua persatuan iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Cawangan Kubang Pasu yang mewakili Daerah Kubang Pasu dan Pertubuhan Sukarelawan Belia Ashabul Kahfi yang mewakili Daerah Pokok Sena.
Selamat maju jaya kepada semua calon ! #JBSNK #TeamKBS #TeamJBSN #beliamy #APBN TaufiqJohari #MordiBimol
Cabaran Transformasi Diri Bermula Sekarang! Adakah anda bersedia untuk mengubah gaya hidup dan mencapai berat badan ideal?
PERTANDINGAN KBS BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI KEDAH kembali dengan cabaran lebih menarik dan hadiah lumayan menanti para peserta! * Bimbingan daripada pakar kesihatan & kecergasan * Komuniti sokongan yang positif * Hadiah eksklusif untuk pemenang utama!
Pendaftaran kini dibuka:-
8 Mei 2026 𝗦𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 2 Jun 𝟮𝟬𝟮6/Sehingga kuota penuh. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA SESI TIMBANG BERAT PERTAMA: 9 JUN 2026 BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
Tempoh Program: Jun – Oktober 2026 Timbangan Akhir: 7 Oktober 2026

Program KLAS Renang @ Kota Setar Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Akuatik Negeri Kedah melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta yang dibahagikan kepada 2 sesi latihan. Taklimat kepada peserta dan waris telah disampaikan oleh En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut hadir bagi menyantuni peserta serta memberi penerangan berkaitan perjalanan program. Pelaksanaan program ini bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran renang kepada peserta di samping menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat. Syabas dan tahniah kepada semua peserta, jurulatih serta urus setia yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini akan berterusan sehingga 6 siri latihan bagi melengkapkan KLAS.
Satu Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Kedah 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Perbincangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama wakil-wakil persatuan sukan negeri yang terlibat iaitu Persatuan Bolasepak Negeri Kedah, Persatuan Bola Tampar Negeri Kedah dan Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah. Perbincangan memfokuskan kepada pelaksanaan Liga Sukan Komuniti 2026 melibatkan penyelarasan teknikal pertandingan, peraturan am dan khusus serta persediaan pelaksanaan di peringkat daerah dan negeri. Antara sukan yang akan dipertandingkan dalam LSK Negeri Kedah 2026 adalah: * Bola Tampar Lelaki * Futsal Lelaki * Bola Jaring Pelaksanaan kejohanan di peringkat daerah dijadualkan berlangsung pada 13 Jun 2026 manakala peringkat negeri akan diadakan pada 11 Julai 2026. Semoga penganjuran Liga Sukan Komuniti ini dapat terus memperkukuh pembangunan sukan komuniti serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam budaya hidup sihat dan bersukan di Negeri Kedah. #JBSNK #LSK2026 #TeamKBS #TeamJBSN #MalaysiaMADANI # TaufiqJohari