- JBS Kedah
- Hits: 34
Kem Belia @ Rakan Prihatin Luar Bandar Peringkat Negeri Kedah 2026
- JBS Kedah
- Hits: 34
KULIM, 22 Ogos 2026 – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Luar Bandar Peringkat Negeri Kedah 2026 telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 20 hingga 22 Ogos 2026 bertempat di Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Kulim, Kedah.Program ini merupakan inisiatif dalam memperkasa golongan belia luar bandar melalui pengisian yang menekankan aspek kepimpinan, jati diri, kesukarelawanan, kerja berpasukan dan semangat kenegaraan.
Seramai 50 orang peserta telah menyertai program yang turut diisi dengan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah, suai kenal, motivasi, riadah, aktiviti berkumpulan serta penghayatan nilai-nilai murni. Secara keseluruhannya, program telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dari Pejabat FELDA Wilayah Alor Setar, Jabatan Pedidikan Negeri Kedah dan Akademi Kenegaraan Malaysia Kulim. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi belia luar bandar yang berdaya saing, berintegriti, prihatin dan mempunyai semangat kepimpinan serta kesukarelawanan yang tinggi.
#teamjbsn #taufiqjohari #teamkedah
