pengarah.jpeg

Perutusan Pengarah

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah!

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Terima kasih kerana melayari Laman Web Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Laman Web ini telah diwujudkan bagi memberikan informasi kepada masyarakat samada persatuan-persatuan mahupun orang awam dalam mencari maklumat yang berkenaan dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

PERUTUSAN PENGARAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung yang sudi melayari portal ini. Platform digital ini dibangunkan khusus sebagai medium perantara rasmi untuk menyalurkan maklumat terbaharu berkaitan dengan dasar, program, serta kemudahan yang disediakan oleh pihak jabatan.

Dalam era transformasi digital yang serba pantas ini, penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi tonggak utama keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Sejajar dengan aspirasi tersebut, portal ini dirancang untuk memberikan maklumat yang telus, tepat, dan pantas khususnya menerusi teras utama kami, iaitu Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan, dan Inisiatif Rakan Muda.

Kami komited untuk memastikan maklumat di portal ini sentiasa dikemaskini agar kekal relevan dan responsif terhadap keperluan golongan sasaran, terutamanya belia dan pengiat sukan tempatan. Perkhidmatan berasaskan teknologi ini diharapkan dapat memperkasa modal insan sekali gus menyokong kemajuan negara secara berterusan.

Akhir kata, saya menyeru seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah agar sentiasa membudayakan perkhidmatan berprestasi tinggi demi melahirkan generasi belia yang berdaya saing dan komuniti sukan yang cemerlang.

Selamat meneroka portal rasmi kami.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

ZURIHANMI BIN ZAKARIYA

Pengarah

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search