Semangat #MerdekaMADANI terus disemarakkan di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Ulu Legong! Program Jalinan Komuniti Belia Merdeka MADANI Bersama Masyarakat Orang Asli Ulu Legong 2026 telah menghimpunkan belia dan komuniti setempat dalam suasana penuh ceria, harmoni dan semangat kekitaan.
Warna-warni bersama kanak-kanak
Gotong-royong & pemasangan Jalur Gemilang
Pertandingan Sepak Raga Ratus
Ceramah Kenegaraan Malaysia MADANI
Lebih bermakna, program ini turut diserikan dengan Majlis Perasmian Penutup oleh YBrs. Puan Azura binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, yang turut menyampaikan hadiah, sumbangan dan cenderamata kepada peserta serta komuniti yang terlibat.
Bukan sekadar program… tetapi satu jalinan silaturahim yang menyatukan belia, agensi dan komuniti! Semoga semangat kesukarelawanan, perpaduan dan saling menghormati ini terus subur demi Malaysia yang lebih inklusif dan MADANI.
Belia bersama komuniti, kita bina masa depan!
#JBSNKedah #TeamJBSN
#TeamKBS #MalaysiaMADANI MerdekaMADANI RakanMuda SemarakMerdeka
TaufiqJohari
