14 September, Sungai Petani- Persediaan bagi menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Kedah 2026 kini berjalan lancar berikutan berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan HSN Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Pejabat Daerah Kuala Muda, hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Kuala Muda serta dihadiri wakil agensi kerajaan negeri, jawatankuasa daerah, dan badan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan menyelaras pelbagai program sukan, perancangan logistik, serta strategi penglibatan masyarakat di seluruh negeri Kedah.
Melalui mesyuarat ini, semua jawatankuasa pelaksana diseru untuk memberikan komitmen padu demi memastikan penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 berjalan dengan lancar, selamat, dan berimpak tinggi dalam membudayakan sukan dalam kalangan rakyat.
#JBSNK #MADANIBekerja #HSN2026 #TaufiqJohari
- JBS Kedah
- Hits: 16
