- JBS Kedah
- Hits: 17
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR (TERTUTUP) LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 20 TAHUN KEDAH 2026
- JBS Kedah
- Hits: 17
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR (TERTUTUP) LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 20 TAHUN KEDAH 2026
ALOR SETAR, 4 SEPTEMBER 2026 – Aksi bola tampar anak muda Kedah kembali menghangatkan suasana apabila Kejohanan Bola Tampar (Tertutup) Lelaki dan Perempuan Bawah 20 Tahun Kedah 2026 membuka tirai di Central Atrium, Aman Central, Alor Setar.
Program anjuran Persatuan Bola Tampar Amatur Negeri Kedah berlangsung selama tiga hari dari 4 hingga 6 September 2026, kejohanan ini menyaksikan penyertaan lebih 20 pasukan yang berentap dalam kategori Tertutup Kedah serta kategori Terbuka Lelaki dan Wanita, sekali gus menjadi platform mencungkil bakat muda dalam sukan bola tampar.
Apa yang lebih menarik, kejohanan kali ini mencipta kelainan tersendiri apabila buat pertama kalinya pertandingan bola tampar dianjurkan di tengah-tengah pusat membeli-belah Aman Central. Suasana unik ini bukan sahaja mendekatkan sukan dengan masyarakat, malah berjaya menarik perhatian pengunjung untuk turut menyaksikan aksi para pemain.
Timbalan Pengarah Sukan JBSN Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman hadir mewakili Pengarah JBSN Kedah serta menyampaikan sokongan dan dokongan berterusan terhadap usaha pembangunan sukan bola tampar, khususnya dalam mencungkil dan membina bakat muda ke peringkat lebih tinggi.
Sukan dekat dengan rakyat. Bakat muda kita terus digilap!
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#BolaTamparKedah
#Kedah2026
SukanUntukSemua
