ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY | EDISI SEPTEMBER 2026
ALOR SETAR, 5 SEPTEMBER 2026 – Pagi yang penuh vibe positif! Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah berkenan berangkat dan turut menyertai Alor Setar Car Free Saturday Edisi September 2026 di Dataran Medan Bandar.
Antara tarikan utama, Larian Jubli Emas BSMM Negeri Kedah sejauh 5KM yang menghimpunkan lebih 2,000 peserta, selain Superhero Run dan aktiviti brisk walk. Turut berlangsung Isuzu Cycle for Health Edisi Ke-16 dengan penyertaan lebih 1,000 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Satun, Thailand.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK, En. Mohd Hanaffi A. Rahman mewakili Pengarah JBSNK.
Weekend bukan sekadar lepak — jom gerak, jom sihat, jom aktif!
#TeamJBSN #JBSNK #MalaysiaMADANI #CarFreeSaturday #AlorSetar KedahSejahtera
