Program Agrobelia Lestari@Rakan Mahir Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 terus memperkukuhkan usaha pembangunan belia dalam sektor agromakanan apabila menerima sebanyak 14 pencalonan daripada pelbagai pertubuhan belia di seluruh negeri. Daripada jumlah tersebut, 3 kelab telah disenarai pendek iaitu: Kelab Belia Islam Bukit Larek, Pokok Sena Kelab Desa KEDA Hujung Keton, Pendang Kelab Rakan Muda Parlimen Pendang Sesi penilaian program melibatkan dua panel penilai iaitu Encik Noor Azizi bin Omar Penolong Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan Cik Natrah bt Esa Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Ketiga-tiga kelab yang disenarai pendek telah memberikan pembentangan yang baik dengan mengetengahkan pelbagai idea serta perancangan projek berkaitan sektor pertanian, penternakan dan perikanan. Melalui program ini, kelab yang berjaya dipilih bakal menerima bantuan sokongan berjumlah RM20,000 bagi membantu memperkasakan projek serta memperluaskan penglibatan belia dalam sektor agro. Program Agrobelia Lestari@Rakan Mahir dilihat sebagai platform penting dalam melahirkan lebih ramai belia berkemahiran dan berdaya saing dalam bidang pertanian moden, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan dan pembangunan ekonomi komuniti di Negeri Kedah.
Satu Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Kedah 2026 telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi membincangkan persiapan pelaksanaan program yang dijadual berlangsung pada 20 Jun 2026. Mesyuarat telah melibatkan kerjasama strategik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 15 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Persatuan Petanque Negeri Kedah, Persatuan Tenpin Boling Kedah serta Dippo Dart Club. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan tarikh dan lokasi pelaksanaan kejohanan iaitu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi acara Petanque dan Dart, manakala acara Tenpin Boling akan berlangsung di Aman Bowl, Alor Setar. Turut dibincangkan ialah peraturan am pertandingan, syarat penyertaan, aspek teknikal kejohanan serta pelaksanaan acara individu lelaki dan wanita bagi setiap sukan yang dipertandingkan. Penganjuran Liga Sukan Warga Emas ini diharap dapat menjadi platform memperkasakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga emas, di samping mengeratkan hubungan komuniti selaras dengan aspirasi menuju Negara Tua 2030.
ALOR SETAR – Sesi hebahan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 telah dilaksanakan melalui segmen i-Skop KEDAHfm yang disampaikan oleh Puan Natrah binti Esa, Timbalan Pengarah Belia. Menerusi sesi tersebut, beliau berkongsi pelbagai pengisian menarik yang bakal berlangsung sepanjang sambutan yang akan diadakan pada 22-23 Mei 2026 di Dataran Starwalk. Beliau turut mengajak masyarakat khususnya anak muda untuk bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut. Sesi konti yang dikendalikan oleh DJ CTZ berlangsung dalam suasana santai sambil memberi peluang kepada pendengar mendapatkan info terkini berkaitan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026.
Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Yan 2026 berlangsung penuh warna dengan kehadiran belia yang membawa semangat muda, aktif dan sporting sepanjang program berlangsung. Pelbagai aktiviti santai dan menarik disediakan buat pengunjung termasuk aktiviti kesenian serta segmen Malaysia Aktif yang menceriakan suasana. Aura positif dan semangat kerjasama yang ditunjukkan jelas membuktikan belia Yan terus aktif, kreatif dan sentiasa bersedia menjadi penggerak komuniti setempat. Program ini dilaksanakan di SMK Dulang dan menjadi penutup kepada sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara peringkat daerah di Kedah. Jumpa di Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 pada 22-22 Mei.
Semarak sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 700 pelajar dan belia sekolah dalam program yang turut digabungkan bersama Sambutan Hari Guru di SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu serta Majlis Belia Daerah Bandar Baharu (MBDBB) dengan kerjasama pihak Sekolah dan pelbagai agensi ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik berteraskan pengisian sihat dan pembangunan belia menerusi Segmen Malaysia Aktif serta Segmen Kebudayaan, Kesenian dan Muzik. Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat ialah sesi Mari Mencuba Pickleball, Senamrobik Perdana, pertandingan nyanyian selain Majlis Perasmian dan lafaz Ikrar Belia yang menyuntik semangat patriotisme serta jati diri dalam kalangan anak muda. Dalam ucapan beliau, Presiden MBDBB, Saudara Amir Syarifuddin Abdul Majid menekankan kepentingan golongan belia untuk aktif berpersatuan agar suara dan aspirasi belia dapat diketengahkan serta didengari oleh pihak kerajaan dalam usaha membentuk pembangunan belia yang lebih inklusif dan progresif. Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Sultan Ahmad Tajuddin, En. Suhaimi bin Mahmud yang turut menyeru golongan muda agar terus aktif dalam aktiviti pembangunan diri, kesukarelawanan dan gaya hidup sihat. Semoga para belia terus menjadi generasi penggerak masa depan yang berdaya saing, bersatu hati dan sentiasa menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara. #beliamy #TeamJBSN #TeamKBS #jbsnk #semarakHBN HBN2026 TaufiqJohari MordiBimol