Sekolah Angkat MADANI Perkukuh Pembangunan Sukan Akar Umbi!
YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Serah Projek Sekolah Angkat Malaysia MADANI di SJK(T) Taman Keladi, Sungai Petani.
Sebanyak RM100,000.00 telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf gelanggang serbaguna sekolah seterusnya membuka ruang kepada murid untuk bergiat aktif, mengasah bakat dan menyerlahkan potensi diri dalam persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN dan Encik Zurihanmi Zakariya, Pengarah JBS Negeri Kedah.
Kemudahan dipertingkat, peluang diperluas, potensi murid diperkasa — komitmen memperkukuhkan pembangunan bakat akar umbi!
Demi Belia dan Sukan, JBSN Komited
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
