KEJOHANAN MOTOCROSS MX KIDS JUNIOR KEBANGSAAN 2026 PUSINGAN 4 MERIAHKAN LITAR SRIWANGSA, PADANG SANAI

KEJOHANAN MOTOCROSS MX KIDS JUNIOR KEBANGSAAN 2026 PUSINGAN 4 MERIAHKAN LITAR SRIWANGSA, PADANG SANAI  
PADANG SANAI, KEDAH, 27 September 2026 – Kejohanan Motocross MX Kids Junior Kebangsaan 2026 Pusingan 4 telah berlangsung dengan meriah pada 26 hingga 27 September 2026 bertempat di Litar Motocross Sriwangsa, Padang Sanai, Kedah.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Sriwangsa Motocross Club dan Kelab Sukan Bermotor Trolak itu menghimpunkan seramai 49 pelumba cilik dari seluruh negara bagi berentap dalam empat kategori yang dipertandingkan.
Empat kategori tersebut ialah MX50 Rookie, MX50 Advance, MX65 dan MX85, yang menyaksikan para pelumba muda mempamerkan kemahiran, keberanian dan semangat kesukanan masing-masing di litar.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Zurihanmi bin Zakariya bersama Pegawai Daerah Padang Terap, sebagai penghargaan atas prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan oleh para pelumba sepanjang kejohanan.
#teamJBSN #rakanlitar #teamKedah
Taufiq Johari

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search