Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) berperanan sebagai rakan strategik Karnival MAPPA Wilayah Utara bersama INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dalam penganjuran Seminar Sejenak Bersama Menteri Belia & Sukan yang disampaikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari.
Bertemakan "Dari Akar Umbi Ke Jaguh Dunia", seminar ini turut menampilkan perkongsian inspirasi daripada atlet silat kebangsaan Mohd Al-Jufferi Jamari dan usahawan kosmetik Muabellaz, dengan penekanan terhadap pembangunan belia, kecemerlangan sukan serta pembentukan kepimpinan dan gaya hidup sihat.
Tahniah kepada INTURA atas penganjuran program yang memberi inspirasi serta terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan seminar ini.
#TeamJBSN #JBSNK #MalaysiaMADANI #DariAkarUmbiKeJaguhDunia #TeamKBS #taufiqjohari #MordiBimol
- JBS Kedah
- Hits: 12
