- JBS Kedah
- Hits: 33
SUARA BELIA DAN PENGGERAK SUKAN ASAS UNTUK KITA BERGERAK BERSAMA!
- JBS Kedah
- Hits: 33
Alor Setar, 28 Ogos 2026 | YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 Peringkat Zon Utara yang berlangsung di KOMBES Negeri Kedah, Alor Setar.
Sesi ini menjadi ruang penting untuk mendengar pandangan, idea dan harapan daripada akar umbi — khususnya golongan belia dan penggerak sukan — sebagai persediaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober nanti.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS dan Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN, bersama-sama warga belia Zon Utara yang hadir membawa suara dan aspirasi mereka.
Ini bukan sekadar sesi duduk dan dengar!
Kita Dengar. Kita Bincang. Kita Gerakkan!
Demi masa depan belia yang lebih inklusif, progresif dan penuh peluang — suara anda, inspirasi kami!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNK #MalaysiaMADANI #RakanMuda
