Sekitar Program Semarak Cinta Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul & Hari Kebangsaan Peringkat Parlimen Sungai Petani 1448H/2026 yang berlangsung meriah di Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani pada 25 Ogos 2026!
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, diiringi Puan Azura binti Hj. Sarbin, Pengarah JBSN Kedah. Turut sama, warga JBSN Kedah menyertai Perarakan Maulidur Rasul bersama kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, pertandingan, pameran kesihatan dan program kebajikan menjadikan sambutan kali ini penuh warna! Cinta Rasul, semangat kebangsaan dan perpaduan—memang padu!
#RakanMuda #KBS #JBSNK #BeliaKedah #MalaysiaMADANI TeamKBS TeamJBSN TaufiqJohari
All reactions:
6
