LAWATAN KERJA KSU KE KOMBES KEDAH

Alor Setar, 29 Ogos 2026 | Dalam kesibukan menghadiri Program Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI semalam, YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan Dato` Rahimi bin Ismail hari ini turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah bagi melihat sendiri operasi serta kemudahan fasiliti yang tersedia.   
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin turut bersama-sama memberikan penerangan berkaitan peranan dan fungsi KOMBES, di samping membawa YBhg. Dato’ KSU meninjau fasiliti-fasiliti yang terdapat di kompleks ini.  
Turut menjadi tumpuan ialah lawatan ke projek pembangunan dan naik taraf fasiliti Wall Climbing yang sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada September 2026.   
Komitmen berterusan dalam memperkasa kemudahan sukan demi menyediakan fasiliti terbaik untuk belia dan masyarakat!   
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#KOMBESKedah
#TeamKBS
#KBSMalaysia
SukanUntukSemua

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search