Alor Setar, 15 Jun 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarah Negeri, Encik Zairulnahar bin Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pertemuan ini menjadi platform terbaik dalam membina jaringan kerjasama kolaboratif yang lebih utuh demi impak yang menyeluruh kepada masyarakat, khususnya dalam memperkasakan agenda pembangunan belia melalui ekosistem digital yang selamat dan inklusif.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
13 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Kota Setar berlangsung dengan penuh semangat apabila menghimpunkan penyertaan 35 pasukan dalam tiga acara utama iaitu Bola Jaring (10 pasukan), Bola Tampar (9 pasukan) dan Futsal (16 pasukan), sekali gus menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Nazifah Bt. Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar. Turut hadir memeriahkan program ialah Pn. Oii Siew Kim, Presiden Kelab Sukan Kecergasan Rimba, Mr. Lee, Setiausaha Persatuan Bola Tampar Amatur Kota Setar, En. Mohd Akmal, Pengerusi Kelab Belia Tandop, Puan Shaharom, Presiden Bola Jaring Daerah Kota Setar serta Cik Murni Bt. Ismail, Pembantu Belia dan Sukan merangkap Penyelaras Sukan Bola Jaring.
Penganjuran LSK Daerah Kota Setar membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh pembangunan sukan komuniti, di samping menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan masyarakat serta mencungkil bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
13 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Kubang Pasu berjaya menghimpunkan penyertaan yang memberangsangkan dengan 45 pasukan mengambil bahagian dalam acara Futsal (24 pasukan), Bola Tampar (13 pasukan) dan Bola Jaring (8 pasukan), sekali gus memeriahkan landskap sukan komuniti di daerah ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Hanif Bin Norhan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu. Turut hadir ialah Cik Sarina Binti Ahmad, Pengerusi Persatuan Bola Jaring Daerah Kubang Pasu dan Tn. Hanif, Presiden Dolkau Volleyball Club Changlun, sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
Penganjuran LSK menjadi medan terbaik untuk menyatukan komuniti melalui persaingan sihat dan semangat berpasukan, di samping membuka ruang kepada lebih ramai masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
13 Jun 2026 – Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Langkawi berjaya menghimpunkan penyertaan yang menggalakkan menerusi tiga acara sukan iaitu Futsal (16 pasukan), Bola Tampar (14 pasukan) dan Bola Jaring (11 pasukan), sekaligus menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Kemuncak program menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh wakil LADA dengan kehadiran Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Langkawi, wakil Persatuan Bola Jaring Daerah Langkawi dan wakil Persatuan Bola Tampar Daerah Langkawi. Turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan yang disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
Penganjuran LSK mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkasa sukan komuniti sebagai medium membina gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim dan menyediakan ruang kepada masyarakat untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
13 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Bandar Baharu berlangsung dengan penuh meriah dengan penyertaan 36 pasukan yang bertanding dalam tiga acara iaitu Bola Jaring (7 pasukan), Bola Tampar (10 pasukan) dan Futsal (19 pasukan).
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu serta turut dihadiri Pengerusi Kelab Bola Sepak Sri Permatang dan Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Serdang, sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan komuniti di daerah ini.
Penganjuran LSK bukan sahaja mencungkil bakat baharu dalam kalangan masyarakat, malah mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan budaya hidup aktif dan sihat selaras dengan aspirasi #TeamJBSN untuk memperkasa sukan di peringkat akar umbi.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
13 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Padang Terap telah berlangsung dengan jayanya di Lubuk Merbau dengan mempertandingkan tiga acara utama iaitu Futsal Lelaki (12 pasukan), Bola Tampar Lelaki (8 pasukan) dan Bola Jaring (8 pasukan), sekali gus mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap serta turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab Rakan Muda Padang Terap, Pengerusi Lubuk Merbau Volleyball Club (LMVC) dan Pengerusi Teknik Bola Jaring Padang Terap.
Penganjuran LSK menjadi platform untuk memperkukuh hubungan masyarakat, menggalakkan gaya hidup sihat dan mencungkil bakat baharu dalam kalangan komuniti, selaras dengan usaha memperkasakan budaya sukan di peringkat akar umbi.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
ALOR SETAR, 15 Jun 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Mendaki Peak All Star yang diketuai oleh Presidennya, Syed Alif Iskandar bin Syed Zainal Abidin, bersama Timbalan Presiden, Mohd Zamri bin Hamid, bertempat di Bilik Perbincangan JBSNK, Alor Setar.
Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Pengarah JBSNK, Puan Azura Hj Sarbin, sebagai platform memperkukuh hubungan strategik antara JBSNK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memajukan sukan mendaki serta aktiviti rekreasi di Negeri Kedah.
Perbincangan memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik dalam penganjuran program pembangunan belia dan sukan, selain mengiktiraf sumbangan Persatuan Mendaki Peak All Star dalam memperkasakan aktiviti pendakian dan rekreasi yang sihat serta selamat di negeri ini.
Dalam sesi tersebut, Pengarah JBSNK turut berkongsi pandangan dan saranan agar persatuan terus memperluaskan penglibatan golongan belia melalui program yang lebih inklusif, berimpak tinggi dan berorientasikan pembangunan sahsiah serta kelestarian alam sekitar.
Selain itu, pihak persatuan turut membincangkan peluang mendapatkan dana dan bantuan berkaitan pembangunan sukan yang dapat menyokong pelaksanaan program serta aktiviti persatuan pada masa akan datang.
JBSNK amat mengalu-alukan kerjasama erat bersama pertubuhan belia dan sukan dalam usaha melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pembangunan belia dan sukan negara.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
Ingin tambah ilmu dan kemahiran dalam bidang pertanian? Sertai kursus percuma ini dan pelajari teknik tanaman kontan bersama tenaga pengajar berpengalaman.
📅 22 & 23 Jun 2026
📍 Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar
👤 Terbuka kepada belia berumur 18–30 tahun (Warganegara Malaysia)
💯 Penyertaan PERCUMA
📲 Imbas kod QR pada poster dan daftar sekarang. Tempat adalah terhad!
Pernah terfikir nak mendaki Gunung Bintang tetapi belum ada peluang?
Inilah masanya! 💪
Jom sertai Cabaran Gunung Bintang 2026 - Women’s Trail Hiking Peringkat Negeri Kedah dan rasai sendiri pengalaman mendaki, berkhemah di tepi air terjun serta menyaksikan keindahan matahari terbit dari puncak Gunung Bintang setinggi 1,862 meter.
📅 11 - 12 Julai 2026
⏰08:30 AM (Pendaftaran)
📍 Tree Top Walk
Tak perlu jadi pendaki profesional.
Yang penting ada semangat, disiplin dan keberanian untuk mencuba! 💜
Ajak kawan, adik, kakak, ibu atau geng hiking anda dan cipta kenangan bersama di antara puncak tertinggi Negeri Kedah.
📞 Pendaftaran:
Ucop - 0108096510
Tempat adalah TERHAD!
🏔️ Langkah pertama mungkin sukar, tetapi pemandangan di puncak pasti berbaloi.