550 Penyokong Meriahkan Tayangan Skrin Besar Piala Dunia FIFA Negeri Kedah 2026!

550 Penyokong Meriahkan Tayangan Skrin Besar Piala Dunia FIFA Negeri Kedah 2026!     
Sungai Petani, 16 Julai 2026 – Dataran Niaga Youth Town Amanjaya dibanjiri kira-kira 550 peminat bola sepak yang hadir memeriahkan Tayangan Skrin Besar Piala Dunia FIFA 2026 bagi aksi Separuh Akhir England   menentang Argentina  .
Program berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan cuaca yang baik serta diserikan kehadiran YB Bau Wong A/L Bau Ek (ADUN Sidam), En. Khairul Yussof (Presiden MBD Kuala Muda), bersama Timbalan Pengarah Sukan Mohd Hanaffi A. Rahman dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Kamarol Azlan Abdul Hamid.
Seawal malam, pengunjung dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti Liga E-Sports FC26, pertandingan timbang bola, persembahan football juggler, deejay & akustik, cabutan bertuah, The Best Dress Award, teka score serta lebih 20 kiosk makanan yang menjadi tumpuan ramai sebelum kemuncak tayangan perlawanan pada jam 3.00 pagi.
Terima kasih kepada Pejabat Parlimen Sungai Petani dan Rakan Strategik yang sentiasa menyokong dan semua yang hadir memeriahkan suasana dan membuktikan semangat komuniti bola sepak di Kedah sentiasa padu!    Jumpa lagi di Final World Cup 2026   vs   yang akan datang!

#TeamJBSN
#TeamKBS #JBSNK #MalaysiaMADANI #PialaDuniaFIFA2026 #WorldCup2026 #YouthTownAmanjaya #TaufiqJohari #MordiBimol
Taufiq Johari

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-08-2026, 17:36:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search