SIK, 25 November 2025 - Berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Sik pada 30 November 2025 (Ahad) bertempat di PAWE Sik.Turut hadir bersama Encik Mohammad Alia Hanis bin Rosmadi, Pegawai Unit Sukan. #JBSNBersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani #yakinboleh #pbsdsik
PADANG TERAP KEDAH, 07 DISEMBER 2025 - Program 115km Fellowship Pedu 3.0 telahpun berlangsung dengan jayanya pada 06 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Dataran Putra, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Program berbasikal kayuhan Fun Ride ini merangkumi jarak kayuhan 115km (jalan raya berbukit) yang bermula seawal jam 7:00 pagi, semua peserta telah berjaya mengharungi laluan (route) yang berbukit atau rolling route bermula dari bukit pertama (cp2 - cp3) dengan pendakian yang panjang sambil menikmati pemandangan yang mempersonakan, iaitu laluan tasik Pedu dan tasik Gubir.
Stamina dan kecekalan menuntut para peserta untuk meneruskan pendakian sehingga cp4 di Belantik. Laluan / rolling route ke cp5 iaitu Belantik - Nami - Naka dan terus ke penamat di Dataran Putra Kuala Nerang ini juga mencabar, ditambah pula cuaca yang sebegini.
Penganjur utama program ini adalah Kelab Basikal PEVNY disamping Penaja Utama Era Edar Marketing. Keseluruhan peserta 340 orang, Marshall 20 orang, Crew/petugas 20 orang.
Penganjur juga telah menyediakan hadiah Cabutan Bertuah sebanyak 25 unit iaitu 20 barangan dan eksesori basikal, 3 unit barangan elektrik dan 2 unit google TV.
Peserta pula terdiri daripada pelbagai Kelab Basikal dari negeri Kedah yang merangkumi dari daerah Baling, Jitra, Pokok Sena, Sungai Petani, Yan, Sik dan Padang Terap. Turut sama peserta daripada luar negeri Kedah iaitu Butterworth, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu.
Untuk makluman, Program 115km Fellowship Pedu 3.0 ini adalah kayuhan edisi ketiga sejak penganjurannya pada tahun 2023.
Majlis Pelepasan peserta Program 115km Fellowship Pedu 3.0 disempurnakan oleh En. Muhammad Naím bin Zainol, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap.
Majlis Penutup serta penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap. Hadir bersama Pn. Ily Rahmah binti Omar, Presiden Kelab Berbasikal Pevny, Pn. Azizah binti Azizan, Pengarah Urusan Era Edar Marketing Sdn. Bhd dan En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
ALOR SETAR KEDAH, 17 NOVEMBER 2025 - Konvensyen Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) Peringkat Zon Utara telahpun diadakan dengan jayanya pada 15 dan 16 November 2025 (Sabtu & Ahad) bertempat di Komplkes Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Darul Aman disini.
Konvensyen Ketua-Ketua Penerangan MBM PERKASA PORT FOLIO Zon Utara berjaya mencetuskan aura baharu dalam dunia komunikasi belia apabila didedahkan kepada para peserta berkaitan:-
Penguasaan tools trendy seperti Canva & CapCut Teknik menulis Prompter AI yang berkesan Latihan amali Media Framing berimpak Perkongsian strategik bersama DBP
Semua ini bagi memastikan belia dapat membina naratif belia yang segak, trendy dan berimpak tinggi.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
LANGKAWI, 18 November 2025- Program senaman Warga Emas meneruskan lagi slot untuk siri ke 8, kali ni yang telah dilaksanakan pada 13 November 2025 dan bertempat di Aras 1, MAHA Tower Langkawi.
Seramai 75 orang komuniti Kuah termasuk 47 orang warga emas telah menyertai program senamrobik warga emas ini.
Terima kasih kepada team PESINAR Langkawi atas sokongan serta kerjasama melaksanakan program ini .
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 18 November 2025- Program senaman Warga Emas meneruskan lagi slot untuk siri ke 9, kali ni yang telah dilaksanakan pada 14 November 2025 dan bertempat di Dewan KEDA Pulau Tuba.
Seramai 67 orang komuniti Pulau Tuba termasuk 33 orang warga emas telah menyertai program senamrobik warga emas ini.
Terima kasih kepada team PESINAR Langkawi atas sokongan serta kerjasama melaksanakan program ini .
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 18 November 2025- Bertempat di Kompleks Kraf Langkawi, PBSD Langkawi telah di beri mandat untuk melaksanakan aktiviti Treasure Hunt sempena Program Langkawi Unity Festival 2025 yang telah berlangsung pada 14& 15 November 2025 yang lalu.
Program ini anjuran Skuad Gerakan Khas Masyarakat (SGKM) Langkawi ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Kompleks Kraf Langkawi. Seramai 18 pasukan yang menyertai acara Treasure Hunt LUF’25 ini.
PBSD mengucapkan terima kasih kepada SKGM atas kesudian menjemput dan memberi kepercayaan untuk melaksanakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 18 November 2025- Kursus Tot (Training Of Trainers) Kejurulatihan Belia Khas Pegawai Belia Dan Sukan Siri 2 tahun 2025 anjuran Akademi Pembangunan Kepimpinan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah di jalankan pada 03-07 November 2025 bertemoat di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka.
Kursus ini melibatkan pegawai sokongan KBS yang terpilih untuk mempelajari kemahiran kejurulatihan melibatkan bidang Penceramah, Jurulatih dan Fasilitator.
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Cik Norwalimah Binti Saibi telah terpilih sebagai peserta kursus. Tahniah diucapkan kepada tiga orang pegawai lain daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut mengikuti kursus tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 18 November 2025- Bertempat di Bilik seminar Kompleks Pusat Perahu Layar, Kebangsaan (MSN) satu mesyuarat penyelarasan Kejohanan ke 39 MSA NCS Milo National Championship 2025 telah diadakan pada 10 November 2025 yang lalu.
PBSD Langkawi diwakili oleh Encik Mohd Afif Affifi Bin Hasim, Pembantu Belia dan Sukan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 18 November 2025- Bertempat di Dewan Tunku Anum , Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu telah berlangsung Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak & Gangsa Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2025.
Seramai 1 orang peserta ARPRM Daerah Langkawi telah menerima Anugerah Tahap Perak dan 3 orang penerima Tahap Gangsa pada majlis tersebut.
Tahniah dan syabas diucapkan . Semoga menjadi pemangkin kepada remaja lain untuk menjejaki langkah mereka yang Berjaya ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)