- JBS Kedah
- Hits: 23
1,300 GAMERS, SATU ARENA! KEDAH ESPORTS CHALLENGE 3.0 MEMANG PADU!
- JBS Kedah
- Hits: 23
Alor Setar | 25 Julai 2026
Seramai 1,300 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak membanjiri Dewan Seri Mentaloon bagi memeriahkan Kedah Esports Challenge 3.0 dan Mini Karnival Belia Masuk Pengajian Tinggi 2026. Hadiah keseluruhan turut dinaikkan kepada RM25,000, membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasa industri e-sukan dan pembangunan belia.
Program telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan Negeri, YB Muhammad Radhi Mat Din serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj. Sarbin, bersama barisan kenamaan lain.
Tahniah kepada semua peserta! Teruskan mengangkat nama Kedah dan Malaysia dalam arena e-sukan serta manfaatkan peluang pendidikan dan pembangunan kerjaya yang disediakan.
#TeamJBSN #EsportsKedah
#JBSNK
#TeamKBS
#Kedah #EsportsChallenge
#TaufiqJohari
