Tahniah diucapkan kepada En Kamarol Azlan bin Abdull Hamid dan Puan Aubbry Cynddy Grace K.Diaz diatas Pemangkuan Pegawai Belia dan Sukan S10 dan ditempatkan di penempatan sedia ada. Semoga amanah dan tanggungjawab baharu ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi serta integriti. Selamat maju jaya dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan! Selamat menjalankan tugas !
KEDAH, 29 JANUARI 2026 - Telah berlangsung Majlis Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi Tahun 2026 Ibu Pejabat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Ikrar ini bertujuan untuk memperbaharui Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 setiap pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta memastikan garis panduan kerahsiaan sentiasa dipatuhi, dilindungi daripada sebarang kebocoran atau penyalahgunaan.
Dengan termeterainya ikrar ini, JBSN Kedah terus komited memperkukuh tadbir urus yang telus, amanah, dan berprinsip dalam setiap urusan rasmi jabatan.
POKOK SENA, 20 JANUARI 2026 – Majlis Belia Daerah Pokok Sena dengan kerjasama pihak Brotherhood Pokok Sena telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Amal Brotherhood MBD Pokok Sena bagi menyantuni masyarakat setempat serta ziarah kasih warga emas sekitar daerah Pokok Sena. Hadir menyampaikan bantuan bakul makanan kepada warga emas adalah Encik Zaim bin Abdullah selaku Pengerusi MBD Pokok Sena, Encik Kamarol Salleh sebagai Pengerusi Brotherhood Pokok Sena serta Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Pokok Sena dan Encik Mohamad Azhar bin Ismail, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Pokok Sena.
POKOK SENA, 18 JANUARI 2026 – Gotong - royong keceriaan pejabat telah dilaksanakan di ruang aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena bagi menceriakan lagi ruangan tersebut dan menarik minat para belia berkunjung ke PBSD Pokok Sena. Pelbagai aktiviti akan dijalankan di ruangan tersebut antaranya Dart, Senamrobik, Karom dan sebagainya. Semua kakitangan PBSD Pokok Sena telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong keceriaan pejabat pada kali ini. Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, Encik Muhammad bin Alli.
POKOK SENA, 18 JANUARI 2026 - Kelab Karom Pokok Sena dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah berjaya menganjurkan Kejohanan Karom Pokok Sena 2026 pada 17 Januari 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Sebanyak 94 pasukan daripada seluruh Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung menggunakan format kalah mati. Hadir merasmikan kejohanan ini adalah Y.B Dato' Wira Haji Mahfuz bin Hj Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Encik Zaim bin Abdullah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Pokok Sena.
ALOR SETAR KEDAH, 12 JANUARI 2026 - Berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil. 4/2025 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Bil. 4/2025 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah pada 11 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Salwa binti Senawi, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan dihadiri oleh semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta Pegawai Tertinggi JBSN Kedah. Hadir bersama adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.
POKOK SENA, 9 JANUARI 2026 - Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena buat julung kalinya mengadakan Program Jom Sihat @ Pokok Sena 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Daerah Pokok Sena. Penganjuran program ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan komuniti setempat. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung, antaranya fun run, senamrobik, pameran agensi kerajaan serta aktiviti sukan rekreasi seperti netball shootout dan penalty shootout. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut serta membantu dalam menjayakan program ini adalah pegawai dan kakitangan PBSD Pokok Sena.
POKOK SENA, 12 JANUARI 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Gelanggang Serbaguna kepada Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Pokok Sena yang merupakan salah satu Projek Kecil (Bina Baharu Tahun 2025). Gelanggang ini telah siap sepenuhnya pada 2 November 2025 dan diserahkan secara rasmi hari ini bagi kegunaan pelajar Maahad serta penduduk setempat. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah iaitu Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan. Maahad Tahfiz diwakili oleh Ustaz Muhamad Hassan bin Muhamad Hussien, Ketua Tadbir Maahad Tarbiah Islamiah Derang dan turut disaksikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, En. Muhammad bin Alli.
ALOR SETAR, 27 Januari 2026 – Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Januari 2026 bertempat di Dewan Raflesian, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah
Kursus ini turut memberi pendedahan berkaitan perundangan, klasifikasi fail serta pelupusan rekod awam mengikut ketetapan Arkib Negara Malaysia. Seramai tiga orang pegawai dari Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar telah menghadiri kursus ini.
Majlis penutup tersebut telah dirasmikan oleh Puan Salwa Binti Senawi, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir memeriahkan majlis, Tuan Nik Man Nik Soh, selaku Pengarah Arkib Negara Negeri Kedah yang juga bertindak sebagai penceramah
#jbsnk
#pbsdkotasetar
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR