KUNJUNG HORMAT PERSATUAN TAEKWONDO NEGERI KEDAH (ITF) KEPADA PENGARAH JBSNK PERKUKUH PEMBANGUNAN SUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

ALOR SETAR, 15 Jun 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Taekwondo Negeri Kedah (ITF) yang diketuai oleh Presidennya, Keoh Keh Hong, bersama Timbalan Presiden, Lee Lai Seng, bertempat di Bilik Perbincangan JBSNK, Alor Setar. Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Pengarah JBSNK, Puan Azura Hj Sarbin, sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara JBSNK dan badan sukan negeri dalam memperkasakan pembangunan sukan seni mempertahankan diri, khususnya Taekwondo ITF di Negeri Kedah. Antara perkara yang dibincangkan adalah potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program pembangunan atlet, pengembangan bakat di peringkat akar umbi serta usaha memperluaskan penyertaan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam sukan seni mempertahankan diri. Dalam sesi perbincangan tersebut, Pengarah JBSNK turut memberikan saranan agar Persatuan Taekwondo Negeri Kedah (ITF) terus mempergiat usaha melahirkan atlet yang berdaya saing melalui penganjuran program latihan, pertandingan dan aktiviti pembangunan yang berterusan. Penekanan turut diberikan kepada usaha memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi pendidikan bagi menarik minat lebih ramai belia menyertai sukan ini. Selain itu, pihak persatuan turut membincangkan peluang mendapatkan dana dan bantuan pembangunan sukan yang bersesuaian bagi menyokong pelaksanaan program serta memperkukuhkan pembangunan Taekwondo ITF di Negeri Kedah. JBSNK sentiasa komited untuk menjalin kerjasama erat dengan persatuan sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memperkasakan pembangunan belia dan sukan, sekali gus melahirkan masyarakat yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing. #TeamJBSN #TeamKBS #JBSNK #TaekwondoITF #MartialArts #SukanUntukSemua #KedahAktif #TaufiqJohari
Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-08-2026, 17:36:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search