LANGKAWI, 28 JANUARI 2026- Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Langkawi telah diadakan Mesyuarat jawatankuasa Tindakan Pelancongan Langkawi Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 19 Januari 2026 yang lalu.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yb Dato Hj Salleh Bin Saidin, Exco Pelancongan Negeri Kedah dan dihadiri oleh agensi, jabatran Kerajaan dan pemain insdusrti pelancongan Langkawi bagi membincangkan isu serta permasalahan aspek keselamatan, kebersihan dan penganjuran aktiviti pelancongan di Daerah Langkawi
Pegawai Belia dan Sukan Daerah turut membentangkan Kaedah dan Syarat Penganjuran Acara Sukan kepada ahli mesyuarat.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 28 JANUARI 2026- Satu mesyuarat penyelarasan bagi perlaksanaan Program Ladies In Kayak Expedition (LIKE) 2025/2026 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Langkawi pada 18 Januari 2026 yang lalu. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Pegawai Daerah Langkawi dan dihadiri oleh wakil-wakil agensi berkaitan.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras aspek perancangan, keselamatan serta perlaksanaan program ekspedisi berkayak serta perlaksanaan program ekspedisi berkayak rentas sempadan Malaysia-Thailand yang melibatkan penyertaan golongan wanita , selaras dengan usaha memperkasa peranan wanita melalui aktiviti sukan lasak dan pelancongan aktif.
Program LADIES IN KAYAK EXPEDITION (LIKE) 2025/2026 ini dijadualkan berlangsung pada 29-31 Januari 2026, melibatkan jarak kayuhan sejauh 42.5 km dengan laluan bermula dari Jeti Tammalang, Satun Thailand dan berkahir di Jeti Kuah, Langkawi. Program ini akan disertai oleh seramai 12 orang peserta wanita.
Hadir mesyuarat Pegawai Belia & Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
PADANG TERAP KEDAH, 22 JANUARI 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Padang Terap Bil. 01 Tahun 2026 telahpun diadakan pada 22 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras tindakan kerja serta pelaporan kemajuan bagi semua agensi berkaitan dengan Sektor Infrastruktur, Sektor Pembangunan Ekonomi dan Sektor Pembangunan Masyarakat dalam Daerah Padang Terap.
Peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap adalah dalam Sektor Pembangunan Masyarakat.
En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir selaku ketua Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap ke mesyuarat tersebut membentangkan pelaksanaan program/aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari 2026 dan perancangan pelaksanaan program/aktiviti untuk bulan Februari 2026.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 22 JANUARI 2026 – Majlis Amanat Tahun 2026 Pegawai Daerah Padang Terap Bersama Penjawat Awam Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 21 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Pegawai Daerah Padang Terap Bersama Penjawat Awam Daerah Padang Terap ini amat signifikan kerana buat julung disampaikan kepada seluruh penjawat awam di daerah Padang Terap, merangkumi agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
YBrs. Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap dalam amanatnya, berharap semoga tahun yang baru ini menjadi titik permulaan bagi kita semua untuk melonjakkan prestasi kerja, memperkukuh integriti dalam setiap tindakan, serta memperhalusi setiap pendekatan dalam memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih efektif dan berkesan.
"Kejayaan sesebuah daerah bukan hanya bergantung kepada seorang individu, tetapi kepada komitmen, dedikasi, dan kerjasama semua pihak yang sama-sama berganding bahu untuk mencapai matlamat yang sama iaitu meningkatkan kualiti khidmat kepada rakyat, memperkukuh integriti, dan menzahirkan pentadbiran yang cemerlang", tambah beliau.
Dalam majlis ini juga, YBrs. Puan Pegawai Daerah Padang Terap turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua jabatan dan agensi Daerah Padang Terap bagi menghargai segala sumbangan dan dedikasi yang diberikan tanpa berbelah bahagi dalam menjayakan agenda pembangunan dan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat di Daerah Padang Terap.
Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 21 JANUARI 2026 – Satu perbincangan berkaitan kemudahan untuk Projek Menaiktaraf Tapak Litar Motocross Sriwangsa, Daerah Padang Terap telahpun dilakukan pada 21 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Perbincangan ini diadakan susulan daripada lawatan tapak oleh Unit Pembangunan KBS yang meninjau keperluan untuk menaiktaraf Litar Motocross Sriwangsa bagi menambahbaik penganjuran sukan bermotor dari segi aspek keselamatan serta kemudahan.
Sesi perbincangan ini melibatkan En. Azwan Azri bin Akashah John, Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap dan En. Sharul Rizal bin Ismail, Penolong Jurutera, Majlis Daerah Padang Terap.
Hadir bersama En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Abdul Halim Bin Awang Kechik, Pengerusi Kelab Motorcross NEC Kuala Nerang.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah berjaya melaksanakan Inspire Eksplorasi dan Pertandingan Explorace Penggerak Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan 2025. Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 Januari 2026 di Pulau Langkawi, Kedah ini melibatkan seramai 70 pegawai dan penggerak sukan OKU dari seluruh negara, bertujuan memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan aktiviti rekreasi luar yang inklusif dan bersesuaian mengikut kategori ketidakupayaan. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pn. Siti Mariam Ahmad Tobias, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU, JBSN. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan JBSN dan JBS Negeri Kedah dalam memperkasa ekosistem sukan OKU ke arah pembangunan sukan yang inklusif dan mampan. Pemerkasaan Sukan OKU, Komitmen Bersama!
Alor Setar, 27 Jan 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod dan Fail selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Januari 2026 bertempat di Dewan Refleksia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES). Seramai 45 orang pegawai dan kakitangan yang melibatkan wakil dari semua daerah telah menyertai kursus ini bagi memastikan sistem perekodan dan pengurusan fail Jabatan lebih teratur, sistematik serta mematuhi peraturan semasa. Kursus ini turut memberi pendedahan berkaitan perundangan, klasifikasi fail serta pelupusan rekod awam mengikut ketetapan Arkib Negara Malaysia. Majlis Penutup kursus telah disempurnakan oleh Puan Salwa binti Senawi, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir ialah Encik Nik Man Nik Soh, Pengarah Arkib Negara Negeri Kedah yang juga bertindak sebagai penceramah. Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga Jabatan serta menyokong tadbir urus yang cekap dan berintegriti. #JBSNK #PengurusanRekod #TadbirUrusBaik #TeamKBS #teamjbsn
Kebun Haji Jameng, 25 Januari 2026 — Satu lawatan pemantauan Program Projek Agrobelia Lestari 2025 bagi tanaman nanas telah diadakan di Kebun Haji Jameng. Lawatan ini bertujuan menilai kemajuan projek serta memastikan pelaksanaannya berjalan lancar mengikut perancangan. Pemantauan telah dilaksanakan bersama wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Azlina, serta wakil Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Zon Utara, Encik Mohd Rohaizat. Turut hadir ialah Encik Hanafii bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, dan Encik Samiuon selaku wakil PBSD Pendang serta Kelab Anak Muda Kampung Bahagia. Program ini dilihat berpotensi besar dalam membantu dan memperkasa golongan belia untuk menceburi bidang pertanian secara lebih mampan dan berdaya saing, khususnya dalam industri tanaman nanas.
Kuala Muda, 24 Jan 2025 - Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar Madani Zon Utara & Kejohanan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Kenangan MPSPK, Sungai Petani, Kedah. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, dan turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution serta Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari sebagai tanda sokongan padu Kerajaan MADANI terhadap pemerkasaan seni warisan bangsa. Program ini menjadi wadah penting dalam memartabatkan seni silat sebagai warisan kebudayaan Melayu, sekali gus membentuk jati diri, disiplin dan nilai kepimpinan belia melalui gagasan Pendekar Madani — berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Dengan penyertaan ribuan pesilat dari seluruh negara, penganjuran ini membuktikan bahawa silat terus relevan sebagai simbol identiti nasional, perpaduan dan kekuatan warisan bangsa yang wajar dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.