13 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Kota Setar berlangsung dengan penuh semangat apabila menghimpunkan penyertaan 35 pasukan dalam tiga acara utama iaitu Bola Jaring (10 pasukan), Bola Tampar (9 pasukan) dan Futsal (16 pasukan), sekali gus menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Nazifah Bt. Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar. Turut hadir memeriahkan program ialah Pn. Oii Siew Kim, Presiden Kelab Sukan Kecergasan Rimba, Mr. Lee, Setiausaha Persatuan Bola Tampar Amatur Kota Setar, En. Mohd Akmal, Pengerusi Kelab Belia Tandop, Puan Shaharom, Presiden Bola Jaring Daerah Kota Setar serta Cik Murni Bt. Ismail, Pembantu Belia dan Sukan merangkap Penyelaras Sukan Bola Jaring.
Penganjuran LSK Daerah Kota Setar membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh pembangunan sukan komuniti, di samping menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan masyarakat serta mencungkil bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
