Sungai Petani, 11 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan Program i-Talent Peringkat Daerah Kuala Muda 2026 bertempat di Dewan LHDN Sungai Petani dengan penyertaan seramai 47 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari seluruh daerah Kuala Muda.
Program ini bertujuan mengenal pasti dan mencungkil bakat sukan dalam kalangan OKU di samping menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam bidang sukan serta melahirkan bakat baharu yang berpotensi sebagai pelapis atlet para negara.
Penganjuran program turut mendapat kerjasama barisan penguji daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Diharapkan program seperti ini dapat terus memperkukuh pembangunan sukan OKU di peringkat akar umbi dan memberi peluang kepada lebih ramai individu menyerlahkan potensi mereka, selaras dengan aspirasi pembangunan belia yang inklusif.
