- JBS Kedah
- Hits: 565
MESYUARAT PENYELARASAN SUKDA 2025
Alor Setar, 12 Jun 2025 - Satu Mesyuarat Penyelarasan SUKDA 2025 telah diadakan pagi tadi yang dipengerusikan oleh EXCO Belia dan Sukan Muhamad Radhi bin Mat Din bagi mempersiapkan penganjuran Sukan Kedah Darul Aman Edisi ke‑7 (SUKDA 2025) yang skan berlangsung pada September ini.
Sebanyak 12 kontinjen dari setiap daerah telah disahkan akan mengambil bahagian dan sebanyak 6 sukan yang akan dipertandingkan.
Turut hadir, YB Baddrol Bakhtiar, ADUN Gurun & Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah, Pegawai‑pegawai Daerah (Pengerusi Majlis Sukan Daerah) dan Wakil jabatan kerajaan & persatuan sukan yang terlibat. Wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri diwakili oleh Mohd Hanaffi bin A.Rahman Timbalan Pengarah Sukan.
Perkembangan pembangunan sukan kini dilihat sangat signifikan dalam membangunkan atlet sehingga mendapat tempat dalam skuad Negeri menjelang SUKMA 2026.
Semoga SUKDA 2025 menjadi platform yang dapat membantu MSNK dalam pencarian atlet berbakat seterusnya menjadi program tahunan pada masa akan datang.
- JBS Kedah
- Hits: 565