- JBS Kedah
- Hits: 14
PELIKAT BATIK HALF MARATHON x HARI BELIA NEGARA 2026 MERIAH DI ALOR SETAR
- JBS Kedah
- Hits: 14
Suasana penuh warna-warni dan semangat belia membanjiri sekitar Menara Alor Setar sempena penganjuran Pelikat Batik Half Marathon x Hari Belia Negara 2026 hasil kerjasama strategik antara Pelikat Run Team, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta MAYC Kedah.
Program yang mengetengahkan elemen gaya hidup sihat dan warisan budaya melalui tema pelikat dan batik ini berjaya menarik penyertaan lebih 1,500 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.
Acara dimulakan seawal jam 3.00 pagi bagi kategori Half Marathon 21KM yang melibatkan seramai 400 peserta. Seterusnya, kategori 10KM Pertandingan bermula pada jam 7.00 pagi dengan penyertaan 400 peserta, manakala kategori 5KM Fun Run yang berlangsung pada jam 7.30 pagi disertai kira-kira 700 peserta dengan suasana santai dan penuh keceriaan.
Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Dato Haji Abdul Gafar bin Yahya bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Puan Azura Hj Sarbin sebagai tanda sokongan terhadap pembudayaan sukan dan penglibatan aktif belia dalam aktiviti komuniti.
Selain pertandingan larian, peserta turut menerima medal eksklusif, jersi rasmi menarik serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disampaikan dalam majlis penutup program.
Penganjuran program ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat, malah turut mengangkat identiti budaya tempatan melalui konsep pelikat dan batik yang unik serta kreatif.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, peserta, urus setia dan rakan strategik yang menjayakan program ini dengan cemerlang.
Semoga semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan belia terus diperkasakan selaras dengan aspirasi Hari Belia Negara 2026.
#JBSNKedah
#TeamKBS
#TeamJBSN
#HBN2026
#PelikatBatikHalfMarathon
#MalaysiaAktif
#MenggerakBelia
#KedahAktif
#SukanUntukSemua
Taufiq Johari
