Jerlun, 11 Jun 2026 β Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan Persatuan Bola Jaring Kubang Pasu telah menganjurkan Program INSPIRE i-TALENT Peringkat Daerah Kubang Pasu 2026 di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun.
Program ini menghimpunkan 52 orang pelajar OKU bersama 12 orang guru pengiring daripada 10 buah sekolah PPKI seluruh Daerah Kubang Pasu sebagai platform untuk mencungkil bakat sukan di peringkat akar umbi.
Antara objektif utama program adalah untuk mengenal pasti bakat dan asas keupayaan sukan dalam kalangan OKU, menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam bidang sukan serta mengetengahkan bakat baharu sebagai pelapis atlet para negara.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh A. Saiful Azman Bin Aziz, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran), bersama Mohamad Hanif Bin Norhan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
Program ini diharapkan dapat memperkukuh pembangunan sukan OKU di peringkat akar umbi, seterusnya melahirkan lebih ramai atlet para yang berpotensi mengharumkan nama daerah, negeri dan negara.
- JBS Kedah
- Hits: 32
