PROGRAM INSPIRE i-TALENT PERINGKAT DAERAH SIK 2026

Telah berlangsung Program INSPIRE i-TALENT Peringkat Daerah Sik 2026 bertempat di SK Bandar Baru Beris Jaya, Sik dengan penyertaan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada wakil 8 buah sekolah di Daerah Sik serta PDK Sik, termasuk 2 orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal. Program ini merupakan satu inisiatif yang memberi fokus kepada pencarian dan pembangunan bakat sukan dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Melalui program ini, peserta berpeluang menonjolkan potensi diri dalam bidang sukan serta membuka ruang untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Zailan Bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik. Beliau menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat menjadi platform berterusan dalam mencungkil bakat baharu serta memperkasakan penyertaan golongan OKU dalam arena sukan. Penganjuran Program INSPIRE i-TALENT membuktikan komitmen Jabatan Belia dan Sukan dalam memperluaskan akses kepada pembangunan sukan secara inklusif, di samping melahirkan atlet-atlet OKU yang berpotensi untuk mengharumkan nama daerah, negeri dan negara. "Setiap individu mempunyai potensi dan bakat tersendiri. Dengan peluang dan sokongan yang tepat, mereka mampu mencipta kejayaan yang luar biasa."
Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search