- JBS Kedah
- Hits: 25
KBS BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026: 205 PESERTA SAHUT CABARAN GAYA HIDUP SIHAT
- JBS Kedah
- Hits: 25
Alor Setar – Seramai 205 peserta telah mendaftar bagi menyertai program KBS Biggest Loser Peringkat Negeri Kedah 2026, anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSN Kedah) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah serta rakan strategik Herbalife, Vita Health dan Yakult.
Program yang berlangsung selama empat (4) bulan ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui penurunan berat badan secara berhemah dan berterusan. Para peserta akan mengikuti jadual latihan dan aktiviti yang telah ditetapkan sepanjang program berlangsung.
Pada hari pendaftaran, peserta telah menjalani beberapa aktiviti utama termasuk:
✅ Sesi timbang berat badan
✅ Sesi pemeriksaan dan saringan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
✅ Taklimat kesihatan serta pemakanan sihat yang disampaikan oleh rakan strategik Herbalife dan Yakult.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi fokus kepada aspek penurunan berat badan, malah bertujuan menyediakan platform yang mampu meningkatkan motivasi peserta untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat secara konsisten.
Diharapkan program ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan menjadikan amalan gaya hidup sihat sebagai budaya dalam kehidupan seharian.
“Sihat Hari Ini, Cergas Sepanjang Hayat.”
