Penyertaan yang menyerlah seramai 130 orang yang hadir untuk memberikan saingan yang hebat dalam 2 kategori iaitu MLBB dan efootball. Semangat anak muda di negeri Kedah memang luar biasa!
#HSN2025 #MalaysiaAktif
- JBS Kedah
- Hits: 39
Penyertaan yang menyerlah seramai 130 orang yang hadir untuk memberikan saingan yang hebat dalam 2 kategori iaitu MLBB dan efootball. Semangat anak muda di negeri Kedah memang luar biasa!
#HSN2025 #MalaysiaAktif
- MALAYSIA Vs LAOS
Malam dengan penuh kegembiraan pasukan Harimau Malaya selepas menang besar keatas pasukan Laos 5-1.
Tahniah Malaysia!!
Kelab Sungai Petani, Sungai Petani, 18 Oktober 2025 - Sungai Petani Aquatic Club hari ini telah menganjurkan Kursus Keselamatan Di Air dan CPR Tahun 2025 melalui sokongan dari Pejabat YBM KBS Malaysia dengan kerjasama dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah.
Program yang dijalankan secara percuma ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan di air, asas menyelamat, serta teknik pemulihan pernafasan (CPR) yang boleh diberikan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau sebagainya.
Seramai 60 orang peserta telah menyertai program sehari ini yang melibatkan penyertaan dari kalangan Pegawai-pegawai Belia Dan Sukan seluruh Negeri Kedah, Guru-guru, penggerak/sukarelawan NGO tempatan, serta pelajar sekolah. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penghargaan/Penyertaan telah disempurnakan oleh Tn, Hj. Mohd Kamaruzaman Bin Khalidin Pegawai Kecergasan Nasional, mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Kepala Batas, Pulau Pinang, 15 Oktober 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang hari ini telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] Peringkat Zon Utara 2025, dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) serta Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).
Sesi ini bertujuan mengumpulkan pandangan serta maklum balas konstruktif daripada pelbagai pemegang taruh sukan bagi menambah baik dan memperkukuh pelaksanaan dasar serta tadbir urus pembangunan sukan negara.
Zon Utara melibatkan penyertaan wakil daripada Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, merangkumi pelbagai agensi kerajaan, Majlis Sukan Negeri, badan sukan, jurulatih, atlet, serta penggiat industri sukan.
Melalui sesi ini, para peserta berpeluang berkongsi pandangan dan pengalaman bagi memastikan pindaan akta tersebut lebih inklusif, selaras dengan perkembangan semasa ekosistem sukan tanah air.
Inisiatif libat urus ini turut menyokong aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh dasar pembangunan sukan yang progresif dan berteraskan nilai.
Terima Kasih buat Agensi, Persatuan Sukan Pemegang Taruh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah atas kehadiran dan penglibatan dalam memartabatkan sukan tanah air.
- MALAYSIA Vs LAOS
14 OKTOBER 2025 (SELASA), 9.00 Malam ( Waktu Malaysia )
@Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
Jom warga Bandaraya Alor Setar !!!
Jom Warga KEDAH !!!
Jom Penyokong Setia HARIMAU MALAYA !!!
Jom peminat Setia Bola Sepak HARIMAU MALAYA !!!
*AYUH KITA SAMA-SAMA PAKAI BAJU BERWARNA KUNING SEBAGAI TANDA SOKONGAN BUAT TEAM HARIMAU MALAYA*
kita pakat-pakat memeriahkan dan sama-sama menyokong skuad Harimau Malaya kita!!!
Juga terdapat Aktiviti Mari Mencuba, Kuiz Sukan Bolasepak dan Lain-lain sepanjang Tayangan... Jangan Lepaskan Peluang Untuk bersama kami...
*Hadiah Cabutan Bertuah Istimewa Turut Menanti Anda*
*Jangan Lupa Bawa Bersama Tikar, “Healing Chair” untuk kita Bersantai Bersama*
#HarimauMalaya
#tayanganskrinbesarTeamMalaysia
#skrinbesarJBSNKedah
#JabatanBelia&SukanNegeriKedah
Terima Kasih Rakyat Negeri Kedah keatas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan sambutan HSN 2025 pada edisi kali ini. Jumpa lagi tahun Hadapan!
“Biar Jasa Jadi Kenangan”
#HSN2025 #MalaysiaAktif #Janjipeluh
17 – 19 Oktober 2025, Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak - Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Perak 2025 dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Tambun.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut terlibat iaitu dua orang pegawai JBS Negeri Kedah telah dijemput sebagai Fasilitator Program En Mohd Hanaffi bin A.Rahman dan Puan Nik Noorazlin binti Nik Mohd Noor yang berkongsi kepakaran dalam aspek kepimpinan, komunikasi dan pengurusan organisasi belia.
Program seperti ini membuka ruang untuk para pemimpin belia memahami kepentingan pengurusan organisasi yang efektif dan berdaya saing.
Tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak atas penganjuran cemerlang serta dan diharap program ini akan menjadi platform penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan belia di seluruh negara.
17-18 oktober 2025, Kombes Kedah - Seramai 40 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk anggota penyelamat bomba telah menyertai Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2025 yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Program anjuran bersama Unit Pembangunan Sukan Rekreasi (JBS Kedah)dan Peak Allstar Climbing Club ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai teknik dan keselamatan dalam aktiviti sukan mendaki.
Kursus ini turut mendapat sokongan dan kerjasama penuh dari Jabatan Bomba Alor Setar yg menghantar jumlah peserta yg ramai dikalangan ahli mereka, kerana ianya dilihat amat membantu anggota ini meningkatkan lagi pengetahuan terutama dalam penggunaan tali tinggi, yg mungkin amat berguna ketika berlaku operasi menyelamat kelak.
Kursus ini merangkumi sesi teori dan amali termasuk pengenalan kepada peralatan mendaki, teknik asas belaying dan knotting, serta latihan mendaki di dinding tiruan (artificial wall). Peserta turut diberi penerangan mengenai aspek keselamatan, penjagaan peralatan serta etika mendaki.
Penganjuran kursus seumpama ini penting dalam melahirkan lebih ramai penggiat sukan rekreasi yang celik keselamatan serta berdisiplin tinggi.
Peserta yang menamatkan kursus ini menerima sijil penyertaan dan layak mengikuti Kursus Lanjutan di masa yang akan datang.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada para peserta yang menyifatkan pengalaman ini sebagai sesuatu yang mencabar dan bermanfaat.
“Jom hangout! Saksikan filem hebat di Tayangan Skrin Besar Rakan Muda
Mechamato Movie! Skrin besar, bunyi padu, dan kawan-kawan best! Jangan lepaskan peluang!
24 Oktober 2025
8.00 malam
Berhadapan Yawata, Jitra
Lorong Pekan , cabutan bertuah menanti anda semua! Ayuh semua jumpa disana!
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53