BANDAR BAHARU - 20 November 2024 – Sempena Bulan Integriti KBS, kuiz Mencari 16 Perkataan Tersembunyi berdasarkan Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam telah diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pegawai Unit Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Puan Fariza binti Ghazalli telah berjaya menyelesaikan kuiz tersebut dalam masa yang ditetapkan. Tahniah diucapkan.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 28 November 2024 – Telah diadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Puan Nur Adila binti Mohamad. Beliau telah berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu bermula 22 Ogos 2022.
Sambutan diadakan bagi meraikan pegawai diatas hari kelahiran pada tahun 2024. Majlis turut dirai oleh bahagian kebersihan, keselamatan, dan dari Kelab Senamrobik Serdang yang merupakan Kelab dibawah bimbingan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 16 November 2024 - Program Rakan Mahir : Skill For Life @ Parlimen Peringkat Daerah Bandar Baharu telahpun diadakan dengan jayanya hari ini bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu.
Memilih kursus sulaman manik dan labuci, program ini bertujuan memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaat dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan pendapatan belia melalui peningkatan peluang pekerjaan mahupun terlibat dalam keusahawanan.
Seramai 20 orang peserta terlibat di dalam program ini yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Serdang dengan kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Majlis Penutup Program ini telah disempurnakan oleh Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Fariza Ghazalli, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU - 05 November 2024 – Satu sesi perjumpaan Pegawai Rakan Muda PBSD Bandar Baharu, Puan Fariza Ghazalli bersama Pengetua SMK Selama, Tuan Nagaratnam Kuttayan telah diadakan bagi membincangkan Program Rakan Mural @ Sekolah Peringkat Daerah Bandar Baharu 2024 yang dijangka akan dilaksanakan pada 13 November 2024 serentak seluruh Malaysia.
Program Rakan Mural @ Sekolah merupakan program kolaborasi di antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan yang bertujuan memberikan ruang kepada pelajar untuk mengekspresikan kreativiti dan meningkatkan kreativiti mereka melalui seni visual.
Sebanyak 2 sekolah di Daerah Bandar Baharu telah dipilih untuk menyertai program ini iaitu SMK Selama dan SMK Serdang.
Perjumpaan juga turut menyentuh mengenai persiapan dan persediaan Pasukan Tarian Canggung Program Rakan Muzik : Rentak Seni yang akan melakukan persembahan di Pentas Interpretasi Peringkat Negeri Kedah 2024 pada 6 November nanti yang turut disertai oleh pelajar sekolah ini.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 06 NOVEMBER 2024 – Seramai 12 orang peserta Program Rakan Muzik : Rentak Seni telah mewakili daerah ini mempersembahkan Tarian Canggung di Program Rakan Ekspresi : Pentas Interpretasi Peringkat Negeri Kedah di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah.
12 orang peserta ini merupakan sebahagian daripada 37 orang peserta yang mengikuti Program Rakan Muzik : Rentak Seni Peringkat Daerah Bandar Baharu yang telah dilaksanakan bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu bermula pada 4 Oktober 2024 bagi siri 1, 11 Oktober 2024 bagi siri 2 dan berakhir pada 18 Oktober 2024 bagi siri 3.
Kelas latihan ini dibimbing oleh Puan Robiah Romli dan Puan Normah Mat Nadi.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 06 November 2024 – Seramai 43 orang pelajar dari SMK Serdang berjaya ditauliahkan Tahap Perak di Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kedah 2024 yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah.
43 orang tersebut merupakan sebahagian daripada 67 orang peserta ARPRM dari Daerah Bandar Baharu melalui Badan Operasinya Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu yang berjaya menamatkan Tahap Perak.
Majlis pentauliahan ini merupakan platform untuk meraikan pencapaian anak muda yang telah berjaya melalui proses pembentukan karakter dan pembangunan potensi yang positif.
Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Syamsul Tahrin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut Hadir YB Tuan Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta pengetua dari sekolah-sekolah terlibat.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 24 November 2024 – Telah berlangsungnya Program Plogging Komuniti Siri 4 Peringkat Daerah Bandar Baharu bertempat di Taman Rekreasi Batu Hampar.
Seramai 40 orang peserta mengikuti program ini yang dimulakan dengan sesi pemanasan badan seterusnya aktiviti kecergasan - berjalan sambil mengutip sampah (plogging) di sekitar laluan utama ke air terjun Batu Hampar. Peserta juga berpeluang mencuba aktiviti water abseiling yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Rekreasi Serdang.
Program ini bertujuan membudayakan gaya hidup cergas dalam diri masyarakat serta dapat menjaga kebersihan alam sekitar komuniti setempat.
Hadir menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta ialah Amir Syarifuddin Abdul Majid, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bandar Baharu dan Fariza Ghazalli, Pegawai Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
Pendang,31 Oktober 2024 | Bertempat di Bukit Pinang telah berlangsung Program Rakan Bumi : Plogging Komuniti Siri-4.
Seramai 40 Peserta telah mengambil bahagian di dalam Program ini menerusi pelaksanaan aktiviti utama iaitu mendaki sambil bergotong royong membersihkan kawasan daripada sampah sarap.
Objektif Program ialah untuk menyemai nilai-nilai murni menghargai alam sekitar sambil menggalakkan para peserta menjalani gaya hidup sihat.
Pendang,17 Oktober 2024 | Bertempat di persekitaran Stadium Mini Pendang telah diadakan Program Gotong Royong Perdana yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Pendang.
Pelbagai program dan aktiviti telah di isi bagi memeriahkan program antaranya aktiviti senamrobik serta cabutan bertuah.Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang telah diberi tanggungjawab bagi mengelolakan aktivit senamrobik.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah , YB Mej.(B) Mansor Bin Zakaria selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesihatan.