Alor Setar, 25 April 2026 – Program Larian Bendang @ Batas Ban 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh meriah dan semangat komuniti di SK Kampung Gelam.
Acara yang diadakan di kawasan bendang ini berjaya menarik penyertaan ratusan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia, keluarga setempat serta agensi kerajaan. Larian ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah mengangkat keindahan landskap luar bandar sebagai tarikan utama program.
Majlis pelepasan larian ini telah disempurnakan oleh Dato’ Zepri bin Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Kedah bersama-sama Puan Azura binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut menyediakan booth pameran serta pelbagai aktiviti sampingan untuk memeriahkan lagi program pagi ini.
