Bandar Baharu, 3 Januari 2026- telah berlangsung fasa 3 Sesi ke 5 dan 6 Program KLAS Renang Daerah Bandar Baharu kategori Kanak-kanak B40 bertempat di Kolam Bukit angin, Bandar Baharu Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mencapai objektif penganjuran serta membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat dan dapat membantu mengurangkan risiko.
Alor Setar, Kedah- 8 Januari 2026. Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Sungai Petani Aquatic Club telah menganjurkan Program KLAS Renang Warga Emas ( Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang) Peringkat Negeri Kedah @Kota Setar di Pusat Akuatik Negeri Kedah Gunung Keriang. Kelas renang fasa 3 dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada warga emas tentang asas renang serta teknik pernafasan. Kelas Renang dilaksanakan dengan bimbingan Coach terlatih daripada Sungai Petani Aquatic Club. Terima kasih kepada penaja- penaja (Insurans X Alliance & Decathlon- pakaian renang) Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga emas yang berani menyahut cabaran menyertai Kelas Renang.
SUNGAI PETANI, 1 Januari 2026 - Sesi Taklimat & Lawatan Tapak Penganjuran ‘Padang Mahligai Kampung Run 2025’ di Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Sidam Kiri, Sungai Petani. Taklimat berkaitan program telah disampaikan oleh Tn Haji Mohd Kamaruzaman Bin Khalidin, Pegawai Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir YBhg Dato’ Hj Zepri Bin Saad, Pengarah ICU Negeri JPM Kedah, YB ADUN Sidam, dan Penghulu Mukim Sidam Kiri.
YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, telah mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah selepas pelantikan beliau pada 17 Disember 2025. Dalam amanat ringkas, beliau menekankan konsep Inklusiviti dan Pemerkasaan Akar Umbi dalam pelaksanaan program belia, kebajikan serta pembangunan kerjaya pegawai belia dan sukan, di samping memastikan kemudahan sukan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuk warga emas dan OKU. Taklimat pengoperasian jabatan telah disampaikan oleh Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendren a/l Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS; Encik Muazamil bin Jili, Pengarah Bahagian Pembangunan Potensi Rakan Muda; serta pegawai-pegawai jemputan yang lain. Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan turut hadir bersama didalam majlis tersebut.
YAN, KEDAH. 23 Disember 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Kesejahteraan Rakyat Daerah (FGD) Yan Bilangan 6 Tahun 2025 telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Yan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Maznim binti Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kesejahteraan rakyat di peringkat daerah. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan telah diwakili oleh Puan Idayu binti Kapi bagi menghadiri mesyuarat tersebut serta mengambil maklum perbincangan dan keputusan yang telah dibincangkan.
YAN, KEDAH. 23 Disember 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPD) Daerah Yan Bilangan 12 Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan, Puan Hajah Maznim Binti Ismail, AMK., BCK., bagi membincangkan agenda-agenda pembangunan daerah serta penyelarasan tindakan antara jabatan dan agensi berkaitan.
Turut hadir Puan Idayu binti Kapi sebagai wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSN Kedah) telah berjaya menganjurkan Retreat JBSN Kedah 2025 yang berlangsung selama dua hari di Jitra dengan penyertaan penuh semua kakitangan dari seluruh negeri Kedah.
Penganjuran retreat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerja, memantapkan semangat berpasukan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga JBSN Kedah. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman, kerjasama dan keupayaan tadbir urus di peringkat daerah dan negeri.
Program ini turut diserikan dengan malam persembahan bertemakan “Orang Kampung”, yang berjaya menarik perhatian para peserta melalui pemakaian tradisional yang menggamit nostalgia suasana desa era 1970-an, sekali gus menyemarakkan kenangan dan nilai kebersamaan yang semakin jarang dinikmati.
Secara keseluruhannya, penganjuran retreat ini telah memberikan impak positif dengan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam menangani isu dan cabaran organisasi secara lebih berkesan, di samping memperkukuh kesepaduan serta komitmen berterusan dalam menyokong aspirasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.