- JBS Kedah
- Hits: 11
LAWATAN KERJA MPT KBS KE SUNGAI PETANI PERKUKUH PENDEKATAN TURUN PADANG
- JBS Kedah
- Hits: 11
SUNGAI PETANI, 11 April 2026 – YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Pengurusan Tertinggi KBS telah mengadakan lawatan kerja ke Sungai Petani, Kedah sempena Program Sembang Santai Bersama Komuniti Kampung Angkat MADANI dan Santuni MADANI Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Salsabila, Kampung Bukit Kechil.
Program ini menghimpunkan penduduk setempat, pemimpin komuniti serta agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan dan masyarakat.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa setiap program yang dilaksanakan perlu memberi penekanan kepada impak dan outcome yang jelas, serta memberi manfaat secara langsung kepada komuniti khususnya golongan belia.
Beliau turut menekankan kepentingan pendekatan turun padang dan mendekati akar umbi, selain peranan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) dalam merangka dasar di peringkat kementerian. Pendekatan ini dilihat penting bagi memastikan pelaksanaan inisiatif adalah lebih relevan dan berkesan mengikut keperluan sebenar rakyat.
Turut diadakan sesi taklimat pelaksanaan program yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta sesi soal jawab bersama komuniti, bagi mendapatkan maklum balas secara terus daripada penduduk setempat.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa komuniti melalui pendekatan inklusif dan berfokuskan rakyat.
#KBSMalaysia #KGangkatmadani #SantuniMADANI #TeamKBS #TeamJBSN TaufiqJohari MordiBimol
