LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah menerima kunjungan Pegawai Aset Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Encik Kamarul dan Encik Mohamad ke PBSD Langkawi pada 12 November 2024 (Selasa) untuk melakukan kerja-kerja memeriksa aset PBSD Langkawi.
Perkara ini adalah rutin tahunan untuk mengemaskini dan mengurus tadbir asset kerajaan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Program siri terakhir Senaman Warga Emas Daerah Langkawi melabuhkan tirainya dengan senaman Taichi dan Hapy Fitness bertempat di Perkarangan Tokong Thean Hou, Taman Seri Aman.
Program ini telah melibatkab seramai 51 orang Komuniti Taman seri Aman dan kawasan sekitar.
Kerjasama bersama Persatuan Tachi Langkawi amat baik dan mereka mencadangkan program seumpama ini lebih kerap diadakan serta menjemput komuniti lain untuk turut bersama di masa akan datang.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Bertempat di Fexie Superbowl @ Langkawi telah diadakan Boling Santai antara Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan kecil Daerah Langkawi bersama dengan Ahli BAKAT MAWILLA 3.
Permainan diserikan dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA Cawangan kecil Daerah Langkawi, Puan Amila Binti ahmad dna datin Aisha Azura, Pengerusi BAKAT MAWILLA 3.
Turut serta bermain Puan Nurul Fitriah Bt Hj Drani Pembantu Belia & Sukan PBSD Langkawi. selaku Biro Sukan dan Rekreasi PUSPANITA Cawangan kecil Daerah Langkawi,
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Seramai 80 orang sukarelawan yang terlibat dalam Program Mobilisasi Sukarelawan SATRIA Menyantuni Asnaf Siri 2 Peringkat Daerah Langkawi yang dilaksanakan pada 09 November 2024 bertempat di Kampung Atas Pdg Matsirat.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Padang Matsirat ini mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada komuniti dan jawatankuasa penduduk yang berkenaan.
Sukaralewan SATRIA dari Kolej Vokaysional Langkawi serta NGO Belia dan dibantu oleh Majlis Perbandaran Langkawi serta bersama-sama dengan komuniti membersihkan sekitar Masjdi Kg Atas disamping membersihkan beberapa buah rumah asnaf yang terpilih dan turut menyelenggara pandawaian elektrik di salah sebuah rumah terlibat.
Turut diadakan sempena program ini adalah pameran dari agensi yang berkolaberasi bersama turun padang memberikan perkhidmatan kepada rakyat iaitu, JKR Langkawi, JPJ Langkawi, Giat Mara Langkawi dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Langkawsi yang menyediakan perkhidmatan kaunter dan pemeriksaan motosikal. Hampir 120 orang pengunjung telah mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Bertempat di Perkarangan Tapak Pasar Malam, Padang Matsirat, Langkawi pada 09 November 2024 telah diadakan Program Senaman Warga Emas Siri ke 5.
Program ini adalah kerjasama dengan Pejabat Penghulu Mukim Pdg Matsirat dan komuniti setempat. Seramai 23 orang menyertai aktiviti senaman ini. Turut bersama Yang Berhormat ADUN Ayer Hangat yang turun padang untuk bersama komuniti senaman warga emas ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Bertempat di PPR Taman Dahlia , Jalan Ayer Hangat telah berlangsung untuk seterusnya Senaman Warga Emas Siri ke 4 dan sukaneka KRt Taman Dahlia yang melibatkan lebih kurang 110 orang termasuk kanak-kanak, warga emas dan komuniti taman tersebut.
Program ini merupakan program kolaberasi bersama KTR Taman Dahlia yang turut bersama dalam program komuniti ini. Program dimulakan dengan sesi senaman dan disusuli dengan acara sukaneka. Turut memeriahkan program team Hotlink menyediakan kaunter SIM Card percuma.
Tahniah kepada komuniti PPR Taman Dahlia yang terlibat serta memberikan komitmen dalam aktiviti ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Sempena dengan Program Rakan Ekspresi: Program Interprestasi Sempena Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) yang berlangsung pada 06 November 2024 bertempat di Dewan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Alor Setar.
Daerah Langkawi telah menghantar peserta yang di asah melalui Program Rentak Muzik: Rentak Seni untuk membuat persembahan bertemakan Medlay Inang & zapin.
Kumpulan yang dikenali dengan nama Medali Sukma ini di dipimpin oleh Cikgu Hanan yang bertindak sebagai pengiring dan tenaga pengajar persembahan.Turut bersama Pegawai Unit Rakan Muda, Pn. Nurul Fitriah Bt Hj Drani sebagai penyelaras Daerah.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBs, Encik Shamsul Tahrin.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Bertempat di Dewan terbuka Sk Pdg Matsirat, telah dilaksanakan Program Senaman Warga Emas (Chairobic) Siri 3 Daerah Langkawi ,pada 06 November 2024.
Seramai 50 peserta yang menyertai kali ini. Program ini merupakan program bersiri bagi warga emas dan komuniti dalam daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Bertempat di Balai Seni Negara, Langkawi bersama Rakan Strategik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi serta Persatuan Seni Visual (LaVaa) Langkawi telah melaksanakan Program Pembangunan Kemahiran Rakan Muda Skill For Life @ Parlimen yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta.
Program ini merupakan program bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi yang mana telah memilih bidang kemahiran Melukis Tote Bag.Hasil daripada bengkel kemahiran ini para peserta boleh menjadikan ianya sebagai kerjaya dan boleh menambah pendapatan melaluinya.
Encik Ferdaus Bin Osman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi hadir menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada para peserta.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)