PERBINCANGAN PROGRAM INSPIRE i-TALENT 2026 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP.

PADANG TERAP KEDAH, 12 APRIL 2026 – Satu perbincangan berkaitan penganjuran untuk Program Inspire I-Talent 2026 Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 12 April 2026 (Ahad) bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.

Pelaksanaan program di peringkat Daerah Padang Terap ini akan dilaksanakan pada bulan 10 Jun 2026 (Rabu) bertempat di sekitar Daerah Padang Terap.

Antara objektif aktiviti Program Inspire I-Talent 2026 adalah untuk:-

 

1.1. Mengenalpasti bakat asas keupayaan sukan bagi OKU.

1.2. Menggalakkan penglibatan OKU dalam aktiviti sukan.

1.3. Menghubungkan bakat yang dikenalpasti di peringkat akar umbi untuk diketengahkan ke peringkat prestasi tinggi.

1.4. Menyuntik semangat OKU untuk lebih aktif bersukan.

1.5. Mengenalpasti bakat baharu untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet para negara.

1.6. Melahirkan golongan OKU yang cergas dan berani serta berkeyakinan untuk menyertai kejohanan.

 

Hadir diperbincangan ini En. Mohd Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama En. Md Tajudin bin Morad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Padang Terap, Sektor Pembangunan Murid. Hadir bersama En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap. 


#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search