- JBS Kedah
- Hits: 33
PERBINCANGAN PENGISIAN AKTIVITI PROGRAM DAMCAMP 2026 TASIK PEDU, DAERAH PADANG TERAP.
- JBS Kedah
- Hits: 33
PADANG TERAP KEDAH, 02 APRIL 2026 – Satu perbincangan berkaitan pengisian aktiviti seni bela diri untuk Program Damcamp 2026 Tasik Pedu, Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 30 Mac 2026 (Isnin) bertempat di Pedu, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Pelaksanaan program ini akan dilaksanakan pada 17 hingga 19 April 2026 bertempat di Tasik Pedu. Antara pengisian aktiviti yang dibincangkan adalah segmen persembahan aktiviti seni bela diri dari Persatuan Seni Silat Gayung Naga Rimba Pedu.
Hadir diperbincangan ini En. Mohd Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Pengerusi Persatuan Muda Sukarelawan Ashabul Al-Kahfi dan Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayung Naga Rimba Pedu.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
