PERBINCANGAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA (HBN) 2026 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP.

PADANG TERAP KEDAH, 09 APRIL 2026 – Satu perbincangan berkaitan penganjuran untuk Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 08 April 2026 (Rabu) yang lalu bertempat di Kolej Mara Kuala Nerang, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.

Pelaksanaan program ini akan dilaksanakan pada bulan Jun 2026 bertempat di Kolej Mara Kuala Nerang. Antara pengisian aktiviti yang dibincangkan adalah segmen Gaya Hidup Aktif seperti aktiviti Senamrobik, Briskwalk, Larian dan Basikal. 

Hadir diperbincangan ini En. Mohd Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Pn. Faizah binti Abu Bakar, Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang, En. Nas Affie bin Mohd Salleh, Pegawai Ko-Kurikulum Kolej Mara Kuala Nerang. Turut hadir bersama En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Belia) Daerah Padang Terap. 


#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani

 

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search