- JBS Kedah
- Hits: 28
PROGRAM TADARUS DAN MAJLIS KHATAM AL - QURAN – SMK DATO’ LELA PAHLAWAN, PADANG SERAI
- JBS Kedah
- Hits: 28
KULIM – Telah selesai dengan jayanya Program Tadarus dan Majlis Khatam Al – Quran yang bertempat di Surau Al – Husna, SMK Dato’ Lela Pahlawan, Padang Serai pada 16 Mac 2026 yang lalu.
Program ini dilaksanakan dengan bimbingan guru pembimbing bagi memastikan para peserta dapat membaca Al-Quran dengan lebih baik serta memahami penghayatan ayat-ayat suci Al-Quran dalam suasana yang harmoni dan penuh keberkatan.
Pelaksanaan program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Program Rakan Muda Ramadan yang dijalankan di beberapa surau terpilih sekitar Daerah Kulim bagi menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kerohanian sepanjang bulan Ramadan.
Diharapkan inisiatif seperti ini dapat terus menyuburkan minat membaca Al-Quran serta membentuk sahsiah diri yang lebih baik dalam kalangan belia.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#yakinboleh
