LANGKAWI, 04 November 2025- Tahniah dan syabas diucapkan kepadaq 55 orang petugas kayak yang menjadi marshall kayakers dalam acara berenang Ironman Malaysia Langkawi bertempat di Pantai Kok, Langkawi pada 02 November 2025 yang lalu.
Terima kasih atas kerjasama dan khidmat bakti anda semua dalam menyampaikan perkhidmatan yang cukup berharga dan memberangsangkan.
Jumpa di IM26.
Turut terlibat sama Pegawai Belia & Sukan Daerah Langkawi , Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 02 November 2025- Satu perlawanan persahabatan badminton telah berlangsung dengan meriah di Dewan Kompleks Sukan Langkawi pada 02 November 2025, melibatkan penyertaan daripada Pasukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan Pasukan Delima daripada Alor Setar.
Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan kehadiran Pasukan Delima ke Langkawi dan menggalakkan gaya hidup sihat , disamping mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat berpasukan dalam kalangan ahli Puspanita itu sendiri.
Perlawanan bermula pada jam 8.30 pagi dan di sertai lebih 20 orang peserta.
Turut bermain Puan Nurul Fitriah Bt Hj Drani, PBSD Langkawi, merangkap AJK Biro Sukan & Rekreasi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 04 November 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi dengan kerjasama Skuad Gerakan Khidmat Masyarakat (SGKM) Langkawi akan menganjurkan Treasure Hunt LUF’25 pada 15 November 2025 bertempat di Kompleks Kraf Langkawi.
Maklumat lanjut boleh scan QR Code yang tertera di Poster atau link berikut:
https://forms.gle/E2EdXTGWesDXeSMi6 untuk pendaftaran .
LANGKAWI, 04 November 2025- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan satu pertandingan Merekacipta Poster secara atas talian. Pertandingan ini diadakan secara bersiri dimana Siri pertama (1) pada 02 November dan Siri ke Dua (2) pada 03 November 2025.
Daerah Langkawi turut menghantar seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada Peserta-peserta yang terlibat dengan Bengkel Quick Editing Canva yang telah diadakan pada pertengahan Oktober yang lalu.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI - Rakan Muda sebagai platform pembangunan potensi belia yang proaktif, tidak melepaskan peluang untuk menyahut seruan ini melalui penglibatan aktif dalam agenda kelestarian alam sekitar menerusi program Rakan Bumi: Coral Rack Planting di Pulau Jemuruk, Langkawi pada 27 September 2025 yang lalu.
Hadir menyemarakan program pada hari ini ialah Yb Tn. Muhamad Radhi Bin Hj. Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah serta YBrs. En. Abdullah Bin Hassan, Timbalan Ketua Kesetiausaha (Pengurusan) KBS.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
PADANG TERAP KEDAH, 02 NOVEMBER 2025 – Pelaksanaan Program Senaman Warga Emas Siri-5 Daerah Padang Terap Tahun 2025 telahpun diadakan dengan jayanya pada 02 November 2025 (Ahad) yang lalu bertempat di Taman Rekreasi Bukit Gedong Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Program Kecergasan Senaman Warga Emas Siri-5 Peringkat Daerah Padang Terap diadakan ini adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Selain itu juga, penyertaan warga emas khususnya pesara akan mempunyai banyak masa lapang justeru mereka diseru untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan menerusi program berkenaan.
Pelaksanaan program ini meliputi senaman ringan dan berjalan (briskwalk) sejauh 3 kilometer dengan penyertaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Padang Terap dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Padang Terap.
Hadir bersama En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
Langkawi sekali lagi membuktikan keupayaan sebagai destinasi pelancongan sukan serantau apabila acara Langkawi Asean Beach Tug Of War Championships 2025 (LIBTOW25) Berjaya dianjurkan dengan penuh gemilang selama 3 hari berturut-turut bertempat di Dataran Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat.
Kejohanan ini memhimpunkan seramai lebih 1,000 peserta, pegawai dan pengunjung dari seluruah Malaysia serta negara-negara ASEAN .
Turut hadir Pegawai Belia & Sukan Daerah Langkawi menyaksikan acara tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
PADANG TERAP KEDAH, 30 OKTOBER 2025 - Program Rakan Digital : Quick Canva Editing Skills Siri 2 Daerah Padang Terap Tahun 2025 telahpun diadakan dengan jayanya pada 29 Oktober 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Tranformasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Program Rakan Digital : Quick Canva Editing Skills Siri 2 Daerah Padang Terap Tahun 2025 ini telah menyediakan ruang serta peluang kepada peserta dalam aktiviti kemahiran digital dengan menggunakan aplikasi Canva yang merupakan platform dalam talian membolehkan para peserta membuat dan mereka design yang cantik, poster, kad jemputan, infografik dan macam-macam lagi mengikut kreativiti para peserta itu sendiri.
Peserta program ini adalah seramai 37 orang pelajar Tingkatan 6 Bawah dan tenaga pengajar ialah En. Muhammad Ikhmal bin Abd Ghani.
Hadir bersama Cikgu Pn. Rosnizam binti Morad, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, SMK Naka, En. Muhamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap serta En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap sebagai urusetia dan penyelaras program.
PADANG TERAP KEDAH, 30 OKTOBER 2025 – Sesi Townhall 2025 Majlis Daerah Padang Terap telapun diadakan pada 28 Oktober 2025 (Selasa) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Tunku Putera, Majlis Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Tujuan sesi ini diadakan ialah untuk mendengar pandangan dan cadangan oleh peniaga, di samping memberi penjelasan tentang dasar sewaan, lesen dan penjagaan premis di bawah Agenda Transformasi dan Pemerkasaan Urus Tadbir Majlis Daerah Padang Terap. Townhall ini juga menjadi platform untuk:
Mengukuhkan kerjasama antara peniaga dan pihak MDPT
Menjelaskan manfaat hasil sewaan terhadap pembangunan bandar
Memupuk kesedaran menjaga premis dan kebersihan persekitaran
Menyemai budaya niaga yang patuh, jujur dan berdisiplin
Pn. Nor Azira binti Md Hanapiah, Pembantu Tadbir, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir ke sesi Townhall ini bagi mewakili pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang atas tanggungjawab selaku penyewa premis Majlis Daerah Padang Terap.
Sesi Townhall ini disempurnakan oleh YBrs. Pn. Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Yang DiPertua Majlis Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)