SUNGAI PETANI, 2 MEI 2026 – Sirkit Catur Remaja Kedah 2026 yang berlangsung di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, hari ini menyaksikan satu detik penting bagi pembangunan sukan catur negeri dengan majlis penyerahan mockup cek Geran Padanan Sukan (GPS) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Geran berjumlah RM45,000 tersebut diserahkan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin, kepada Presiden Persatuan Catur Negeri Kedah, Encik Syed Iskandar Shah.
Selain menerima penyerahan geran tersebut, Pengarah JBS Kedah turut hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Bantuan GPS ini membuktikan komitmen KBS dalam menyokong penganjuran sukan komuniti dan berprestasi tinggi di peringkat negeri.
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNK
#TaufiqJohari
#MordiBimol
