Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Semoga keharmonian dan kemakmuran sentiasa mengiringi setiap langkah anda
#teamkbs
- JBS Kedah
- Hits: 46
Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Semoga keharmonian dan kemakmuran sentiasa mengiringi setiap langkah anda
#teamkbs
BALING, 9 Februari 2026 – Seramai 99 orang peserta terdiri daripada pelajar Kolej Politeknik MARA (KPM), Kota Bharu telah menyertai Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar Tahap 1 yang berlangsung dari 3 hingga 9 Februari 2026 di sekitar daerah Baling, Kedah anjuran Kelab Sukan Rekreasi Serdang, dengan kerjasama KPTM Kota Bharu, JBSN Kedah dan Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia.
Kursus selama tujuh hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kejurulatihan rekreasi luar, di samping meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal serta kefahaman peserta terhadap aspek keselamatan, kepimpinan dan pengurusan aktiviti luar. Antara modul yang dilaksanakan termasuk pengenalan rekreasi luar, pengurusan risiko, asas navigasi, ikhtiar hidup, kerja berpasukan serta etika aktiviti luar.
Sepanjang kursus, para peserta telah menjalani sesi teori dan praktikal yang mencabar fizikal serta mental, selaras dengan objektif melahirkan jurulatih rekreasi luar yang berpengetahuan, berdisiplin dan berdaya saing. Lokasi di Baling yang kaya dengan elemen alam semula jadi turut memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan autentik kepada para peserta.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat menjadi platform penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga penggerak rekreasi luar yang berkualiti, sekali gus menyokong sukan dan rekreasi luar secara selamat dan berstruktur di peringkat institusi serta komuniti. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En Mohd Hanaffi b A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir didalam majlis tersebut adalah En Amir Syarifuddin, selaku ketua jurulatih program, En Amiruddin, pensyarah KPTM Kota Bharu, En Muhammad wakil dari Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dan En Mohd Shafizan, peg pemb sukan rekreasi, JBSN Kedah.
#JBSNKedah
#RakanAktif
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
Kubang Pasu, 7 Februari 2026 – Dengan tema Conquer Nature, Connect Culture, Program The Talipong Trail Run telah berjaya menghimpunkan seramai 800 peserta dari pelbagai negeri bertempat di Felda Batu 8, dekat sini.
Program sulung anjuran Felda Wilayah Utara dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Kedah, serta sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, ini membuktikan komitmen golongan belia dalam mengimbangi amalan gaya hidup aktif di samping mempromosikan Kedah sebagai destinasi pelancongan yang berpotensi dan menarik.
Selain acara larian, program ini turut dilaksanakan seiring dengan Karnival Seri Talipong sebagai acara sampingan bagi memeriahkan suasana di Felda Batu 8. Antara pengisian yang diadakan termasuk Pameran Agensi, Cabutan Bertuah, Karnival Niaga, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak serta kenduri rakyat untuk pengunjung yang hadir.
Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan masyarakat sentiasa aktif dalam aktiviti sukan dan sosial, seterusnya memperkukuhkan perpaduan komuniti setempat.
#TalipongTrailRun
#JBSNK
#TeamKBS
#teamjbsn
#MBNK
Bersedia untuk hujung minggu yang penuh warna, tenaga dan pengalaman baharu?
Jelajah Rakan Muda dengan pelbagai pengisian menarik khas untuk belia, keluarga dan komuniti setempat. Daripada aktiviti santai, pertandingan yang mencabar, pameran pendidikan sehinggalah perkhidmatan komuniti secara *PERCUMA* , semuanya dihimpunkan dalam satu lokasi bagi meraikan semangat kebersamaan dan gaya hidup aktif belia MADANI.
Inilah peluang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, mencuba aktiviti kreatif, mendapatkan manfaat perkhidmatan komuniti serta merasai sendiri kemeriahan program Rakan Muda di Sungai Petani.
13 & 14 Februari 2026 (Jumaat & Sabtu)
11.00 pagi – 11.00 malam
Mydin Hypermarket, Taman Batik Sungai Petani
Antara tarikan aktiviti:
Jualan Rahmah & vendor makanan
Potong rambut & tukar minyak motor *PERCUMA* !
Pertandingan mewarna & Aerobathon
Aktiviti santai seperti face painting, inai, manicure & mencanting batik
Pameran institusi TVET & agensi berkaitan
Cabutan bertuah kepada pengunjung
Helmet *PERCUMA* pun ada weh!
Masuk adalah PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri kemeriahan Jelajah Rakan Muda bersama keluarga & kawan-kawan.
#JelajahRakanMuda #RakanMuda #TeamKBS #MalaysiaMadani #SungaiPetani
* Pejabat Penghulu Sidam Kiri, Sungai Petani
* 5 Februari 2026
Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Padang Mahligai Kg Run 2026 telah diadakan di Pejabat Penghulu Sidam Kiri, Sungai Petani bagi memperincikan pelaksanaan program yang akan berlangsung pada 14 Februari 2026 di Padang Mahligai, Sidam Kiri.
Mesyuarat ini merupakan program anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan dipengerusikan oleh En. Khairul Anwar bin Ramli, Timbalan Pengarah ICU Kedah.
Taklimat dan pembentangan program telah disampaikan oleh En. Kamaruzaman bin Khalidin, Pegawai Kecergasan Nasional JBSN Kedah yang merangkumi atur cara program, perancangan laluan Fun Run serta keperluan keselamatan dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan.
Antara agensi yang terlibat dalam kerjasama pelaksanaan program ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP), RELA, SWCorp serta Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU).
Program Padang Mahligai Kg Run 2026 dijadualkan disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan dan dijangka menjadi platform menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam amalan gaya hidup aktif dan sihat.
Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#TeamKBS
#teamjbsn
#jbsnk
#icukedah
#MalaysiaMadani
Alor Setar, 3 Februari 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Kedah Bil. 1/2026 telah diadakan di Wisma Darul Aman dan dipengerusikan oleh YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah.
Mesyuarat membincangkan pelbagai isu kesihatan semasa negeri Kedah termasuk penyakit berjangkit dan tidak berjangkit seperti demam denggi, penyakit kaki tangan dan mulut, keracunan makanan, tuberkulosis serta peningkatan penyakit tidak berjangkit melibatkan hipertensi, kolesterol tinggi dan kencing manis.
Fokus turut diberikan kepada isu kesihatan mental yang menunjukkan peningkatan dalam kalangan dewasa dan remaja, penguatkuasaan kawasan larangan merokok, keselamatan serta kawalan mutu makanan, pelaksanaan Wellness Hub komuniti sihat dan Kempen 60:20 bagi penjagaan kesihatan mulut.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Nor’aishah binti Abu Bakar memaklumkan penurunan sebanyak 60 peratus kes denggi berbanding tahun 2024 dengan hanya satu kematian direkodkan pada tahun 2025. Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai siapnya 43 projek naik taraf klinik daif serta perancangan naik taraf hospital di Yan, Sik, Jitra dan Kuala Nerang pada tahun 2026.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah sebagai tanda sokongan berterusan Jabatan terhadap agenda kesihatan dan kesejahteraan rakyat negeri Kedah.
#TeamKBS
#teamjbsn
#jbsnk
#KedahSejahtera
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBrs. Puan Azura binti Haji Sarbin ke negeri Kedah bagi menyemarakkan lagi semangat belia dalam memperkukuhkan pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yakin dengan pengalaman, kepakaran dan komitmen yang ada, jabatan ini akan terus berkembang maju dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang.
Selamat menjalankan tugas!
#teamkbs
Alor Setar, 28 Feb 2026- Inisiatif menyantuni barisan hadapan (frontliners) ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu pengiktirafan buat mereka yang berjaga ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
Yb. Dr. Mohammed Taufiq Johari turun padang meluangkan masa bersama anggota polis IPD Kota Setar, anggota bomba di balai bomba Alor Setar, dan Petugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah yang bertugas pada syif malam.
Melalui jenama Rakan Muda, program ini menggalakkan belia untuk turut serta dalam aktiviti khidmat masyarakat, sekali gus memupuk sifat empati dan keprihatinan tinggi.
Selain beramah mesra, agihan pek sahur dilakukan sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara.
#teamkbs
#singgahsahur
Sungai petani , Kedah. Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Kanak- kanak OKU @ Kuala Muda telah melabuhkan tirai bagi Fasa 3 tahun 2025 bertempat di SP Club Sungai Petani.
Majlis penutup dan penyerahan sijil disempurnakan Oleh Encik Nur Amali Bin Ihsanuddin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani. Turut hadir En Rusydan Penolong Pegawai Belia dan Sukan PBSD Kuala Muda dan Guru Besar Sk Sungai Lalang, Sg Petani.
Program ini bukan sekadar melatih kemahiran asas sukan, malah menjadi platform untuk peserta membina keyakinan diri serta memberi peluang yang sama rata kepada peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang dihasratkan.
#JBSNKedah
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#KLASRenangKedah
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 02-07-2026, 11:35:39